Terima tajaan RM50,000, lebih 1,000 tanglung merah hiasi Jalan Masjid Negeri Pulau Pinang


  • Massa
  • Ahad, 26 Jan 2025

Sebanyak 500 tanglung merah digantung merentasi laluan Jalan Masjid Negeri Pulau Pinang sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

JALAN Masjid Negeri di Pulau Pinang dihiasi lebih 500 tanglung berwarna merah sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng berkata, ia merupakan tahun kedua lampu tanglung itu dinyalakan di laluan sepanjang 300 meter (m) tersebut.

Jelasnya, tanglung itu digantung bagi mewujudkan suasana perayaan bukan sahaja untuk penduduk tetapi juga buat golongan pemandu yang memandu di kawasan berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Harimau Malaya kena pukul casual Thailand dikejarkan ke hospital akibat hentakan di kepala

BACA LAGI: Atlet paragliding Malaysia maut ketika latihan di Thailand, sempat beri wang umrah kepada ibu bapa

Berucap pada majlis pelancaran tanglung tersebut, hiasan itu melambangkan perpaduan masyarakat dalam meraikan kepelbagaian tradisi budaya di Malaysia.

“Tanglung itu juga simbolik bulan purnama yang membawa rahmat, kegembiraan, kebahagiaan dan kemakmuran menjelang Tahun Baharu Cina,” katanya.

Tambahnya, beberapa tanglung turut dipasang di sepanjang Lorong Delima 9, Taman Kejiranan Karpal Singh, Jalan Gangsa, Solok Thean Teik dan Jalan Yeap Chor Ee Pocket Garden, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,000.

Sebuah syarikat pengurusan hartanah tempatan yang berpangkalan di Gelugor, Kumpulan DS Asia telah menaja pemasangan tanglung berkenaan yang menelan belanja lebih RM50,000 tahun ini.

“Kami berterima kasih kepada syarikat yang bermurah hati menaja tanglung perayaan untuk semua perayaan sejak tahun lalu yang menelan jumlah sebanyak RM300,000 setakat ini,” katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang hadir pada majlis itu berkata, 50,000 tanglung merah akan menghiasi jalan raya sekitar pulau Pulau Pinang bersempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 29 Januari kelak.

Jelasnya, ia mencerminkan warisan budaya dan tradisi yang dikaitkan dengan Tahun Baharu Cina dan bertujuan untuk membawa keceriaan perayaan itu kepada masyarakat.

“Kami yakin dengan visi kami untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri contoh menjelang 2030, oleh itu adalah penting untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menampilkan persembahan tarian singa, permainan tradisional diabolo (yo-yo Cina) serta pertunjukan bunga api.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Agama Negeri Lim Siew Khim, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk A. Rajendran, Ahli Majlis MBPP Rohaizat Hamid, Tan Soo Siang dan Visvenathan Tangavello, serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan DS Asia KH Lim. — The Star/K. KASTURI DEWI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram