[VIDEO] 'Tiada birthday wish, ucapan hari raya', Timur Gabriel dedah bapa tak tanya khabar, hubungan terputus sekian lama


  • Hiburan
  • Khamis, 23 Jan 2025

Timur Gabriel mendedahkan bapanya sudah lama tidak bertanya khabar dan tiada usaha dilakukan untuk berdamai.

"KAMI berdua simpan nombor masing-masing tetapi dia tidak minat untuk bertanya khabar saya."

Demikian pendedahan dibuat Timur Gabriel, 30, mengenai hubungannya dengan bapanya, Datuk Zainal Abidin, 64, yang difahamkan terpisah sejak sekian lama.

Jelasnya, perkara itu berlarutan dan tiada sebarang usaha dilakukan untuk berdamai dan kembali berhubung sebagai seorang bapa.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecewa bisnes kerap ditipu, fans sokong projek kurta Zizan Razak siap minta buat 'plus size', kain pelekat

BACA LAGI: ‘Please dont delete my comment’, respons Caprice terhadap saman Ebit Lew lepas menang kes ‘Mondy Tattoo’

Lebih parah apabila pelantun lagu Hijau itu dikatakan tidak pernah bertanya khabar dan mengambil tahu tentang masalah serta kehidupan peribadinya sejak dari kecil.

“Dia memang tidak menghubungi saya atau mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya.

"Dan apabila kami berhubung, dia cuma bertanya, adakah saya sembahyang," katanya menerusi temu bual podcast di Instagram.

Dalam pada itu, Gabriel turut menafikan bahawa dia pernah menggunakan populariti bapanya demi kepentingan diri.

Jelasnya, status bapanya sebagai seorang penyanyi popular sama sekali tidak mempengaruhi minatnya terhadap bidang muzik walaupun berbakat dalam nyanyian.

"Satu-satunya situasi yang saya pernah gunakan namanya ialah apabila saya perlu perbaharui pasport secepat mungkin.

"Jika tidak, saya tidak pernah menggunakan namanya untuk meraih kejayaan, saya melakukan segala-galanya sendiri sejak dari awal," katanya.

Terdahulu, Zainal difahamkan mendapat khabar bahawa anak perempuannya itu sudah berkahwin di Jerman.

Namun, perkara itu menurutnya tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana mereka duduk berjauhan.

"Hubungan kami tidak dapat dieratkan kerana dia duduk jauh dari saya, menetap di Jerman. Saya tidak diberikan masa dan peluang untuk berjumpa dengan anak-anak saya.

"Anak perempuan saya yang Timur itu pun tak pasti sama ada sudah bernikah atau belum. Saya dengar desas-desus dia sudah bernikah.

"Saya tidak pernah memutuskan hubungan, tetapi apabila ada sesuatu pihak ingin memutuskan hubungan maka terpulanglah. Jumpa di akhirat nanti," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram