[VIDEO] Dipaksa Rosyam Nor 'transform' jadi budak lelaki, Amir 'Suami, Isteri & ...' kini usahawan kosmetik disegani Asia Tenggara


  • Hiburan
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Erna Elliyana Rosli merupakan pelakon sebenar watak kanak-kanak dalam filem Suami, Isteri & ... pada 1996.

PERNAH dianggap budak lelaki lebih dua dekad lalu, pengetahuan Erna Elliyana Rosli dalam bidang kecantikan kosmetik tidak lagi perlu disangkal.

Melakonkan watak sebagai seorang kanak-kanak lelaki bernama Amir dalam filem Suami, Isteri & ... (1996), peranannya cukup besar apabila menjadi antara watak utama filem bergenre romantik komedi tersebut.

Digandingkan bersama pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Lydiawati dan Sheila Rusly, Erna Elliyana, 37, merupakan wajah sebenar di sebalik watak Amir.

BACA LAGI: SIAR: Ramona Rahman, Mr Os dan Azmil Mustapha antara 8 pelakon tempatan dalam filem Hollywood sama pada 1992

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tiada birthday wish, ucapan hari raya', Timur Gabriel dedah bapa tak tanya khabar, hubungan terputus sekian lama

Menganggap ia sebagai pengalaman paling berharga, Erna Elliyana Rosli mendedahkan dirinya terpaksa memotong rambut pendek atas arahan Rosyam Nor.

"Saya jadi watak Amir dalam filem tersebut, waktu itu saya darjah satu dan baru nak ada rambut.

"Tiba-tiba masa dapat tawaran itu, Datuk Rosyam cakap, nanti awak kena potong rambut macam lelaki tau, wardrobe saya di lokasi penggambaran pun semuanya pakaian untuk kanak-kanak lelaki dengan kasut dan sebagainya.

"Tapi ia satu situasi yang kelakar di mana apabila waktu malam gala tayangan perdana, semua tercari-cari watak Amir sebab waktu itu rambut saya dah tumbuh," katanya menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

@shahwiduri Disebalik Filem Suami Isteri Dan Dotdotdot. #disebalikfilem #suamiisteridandotdotdot #suamiisteridan #rosyamnor #lydiawati #suhanmovie #ernaelliyana #filemmelayu #filemterbaik #filemretro #filemmalaysia #filemmelayuretro ♬ bunyi asal - nazri_hassan

Bertitik tolak daripada itu, karier seninya semakin memuncak dalam industri selepas menghadiri beberapa uji bakat nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan pada 2000, Malaysia Idol (2004) dan One In A Million (2006).

Namun, impian untuk bergelar seorang penyanyi tidak kesampaian apabila anak jati Batu Caves, Selangor itu terpaksa melupakan bidang seni ekoran gagal bersaing dalam kalangan artis popular lain.

Selang tahun silih berganti, Elliyana kemudiannya menceburkan diri dalam bidang perniagaan barangan kosmetik yang nyata rezeki lebih memihak kepadanya.

Mengasaskan produk Kamya Glow sejak 2020, Elliyana kemudiannya berjaya melonjakkan reputasi syarikatnya sebagai antara jenama popular serantau Asia Tenggara.

erna1 - 1

Erna Elliyana Rosli kini merupakan seorang usahawan disegani antarabangsa.

“Sambutan yang menggalakkan mendorong saya untuk mengeluarkan produk makanan tambahan menerusi Kamya Glow Tablet merangkumi Whiteze, Sugaheir dan Cleaskyn pada dua tahun lalu.

“Formulasi tablet digunakan untuk memudahkan proses pengambilan dan produk ini membantu mencerah, membersihkan kulit serta menjadikan rambut lebih kuat.

“Kelebihan itu sedikit sebanyak membolehkan Kamya Glow memikat hati pengguna dari negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia, selain pengguna tempatan," katanya kepada Majoriti.

Biarpun secara rasminya sudah meninggalkan dunia seni, ibu kepada empat cahaya mata itu mahu sama sekali tidak menyesali keputusan dibuat sebaliknya, Elliyana mahu terus melebarkan sayapnya sebagai usahawan berjaya menyamai pencapaian jenama kosmetik antarabangsa kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram