BERSEMPENA dengan Sambutan Tahun Baharu yang akan datang, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengedarkan barang keperluan dan bantuan kewangan kepada 50 keluarga kurang berkemampuan.
Majlis tersebut yang berkolaberasi bersama Majlis Pewakilan Penduduk Shah Alam dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor telah diadakan di Dewan Bunga Merak di Kampung Baru Sungai Buloh.
Majlis itu dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor telah diadakan di Dewan Bunga Merak di Kampung Baru Sungai Buloh.
BACA LAGI: Lapan penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar kemalangan ketika perjalanan rehlah
BACA LAGI: Dakwa guna mural tanpa izin, pelukis Lithuania mahu saman syarikat penerbangan tambang murah
Setiap keluarga menerima hamper bernilai RM170 dan RM100 'ang pow'.
“Semua penerima adalah daripada kumpulan B40, warga emas, ibu tunggal, miskin bandar, orang kurang upaya dan penduduk kurang berkemampuan yang tinggal di Shah Alam,” kata Pemangku Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBSA Norhisham Mohammad, yang melancarkan majlis itu.
“Kerjasama kami juga berfungsi sebagai sebahagian daripada usaha penglibatan komuniti MBSA untuk memupuk perpaduan, persahabatan dan hubungan baik antara kakitangan MBSA dan masyarakat setempat.
Turut hadir ialah Ahli Majlis MBSA, Tengku Ahmad Tengku Kasim, Zulnizam Shahrani dan Nur Yusmi Md Yusop dan Pengarah Pembangunan Masyarakat MBSA Shahrin Ahmad. — TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram