SIAR: Ada darah 'mix', pelakon popular Singapura-Indonesia raih populariti filem Melayu retro


  • Hiburan
  • Selasa, 24 Sep 2024

Allahyarham S. Shamsuddin (tengah) merupakan antara pelakon popular kelahiran Singapura.

INDUSTRI perfileman Melayu sememangnya dimeriahi dengan bakat seni nusantara yang serba boleh dari segi lakonan dan karya filem kekal menjadi tontonan sehingga ke hari ini.

Karier beberapa pelakon filem layar putih kelahiran negara jiran seperti Singapura dan Indonesia mula berkembang mekar dan meraih populariti di arena perfileman Melayu sekitar 1930-an.

BACA LAGI: SIAR: 'Encik.. sound dia rosak, Tipah tertipu bang', baris dialog filem retro kekal malar segar sampai 2024

BACA LAGI: Semerah Padi saksi karya 1,000 tahun P. Ramlee, Seniman Agung papar laungan azan pertama dalam filem Melayu

Siapa sangka, beberapa pelakon yang dahulunya cukup terkenal dan diangkat sebagai seniman, asalnya bukan dari Malaysia.

1. Normadiah

Allahyarhamah Normadiah atau lebih dikenali sebagai Norma, dilahirkan di Edith Sumampouw, Indonesia yang dahulunya dikenali sebagai Hindia Timur Belanda.

Tidak asing bagi peminat filem klasik Melayu era 1950-an hingga 1970-an, bakat dalam seni nyanyian dan tarian dimiliki pesona jelita ini membuatkan namanya popular dalam penyampaian beberapa buah lagu dalam filem selain bertindak sebagai koreografi tarian.

Antara filem yang mendapat sentuhan tarian beliau ialah Ketipang Payung (Nujum Pak Belalang) dan Tari Tualang Tiga (Sumpah Orang Minyak).

Sementara itu, Normadiah turut menyanyikan lagu bersama Tan Sri P. Ramlee menerusi filem Bujang Lapok, Panggilan Pulau dan Siapa Salah.

2. S. Shamsuddin

Seniman agung Allahyarham S. Shamsuddin atau nama sebenarnya, Samsudin Dali merupakan satu nama tidak asing lagi dalam dunia perfileman Melayu.

Lakonannya dalam filem Bujang Lapok bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Aziz Sattar merupakan naskhah ‘emas’ paling dikenangi sepanjang zaman dek kerana kisah lucu dan teladan yang masih menjadi tontonan umum masyarakat hari ini.

Mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada 1948 menerusi filem berjudul Chempaka, Allahyarham dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura sebelum melebarkan bakat lakonannya sebagai pelawak dalam beberapa filem tempatan seperti Sejoli, Juwita, Istana Impian dan lain-lain.

Kemuncak kariernya dalam industri seni tanah air adalah apabila dinobatkan sebagai Pelawak Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-2 pada 1981 dan Anugerah Istimewa untuk Pelakon Veteran Lelaki pada FFM ke-22 (2009).

3. Saadiah

Senimawati, Allahyarham Satya Baharom atau lebih dikenali sebagai Saadiah pertama kali melibatkan diri dalam filem Rachun Dunia (1950) arahan B S Rajhans yang bergandingan dengan Osman Gumanti, Kasma Booty dan Tan Sri P. Ramlee.

Dilahirkan di Tanjong Katong, Singapura pada 1937, Saadiah yang juga merupakan ibu kepada pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud ataupun Ogy mula melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah sering berulang-alik ke Studio Jalan Ampas, Singapura untuk menemani kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat) iaitu ibu kepada Rahimah Rahim.

Turut bergandingan dengan seniman agung P. Ramlee, antara filem lakonannya adalah Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram