[VIDEO] Telan kos lebih RM700 juta, kru dedah siri Netflix 'Senna' rupanya guna skrin hijau


  • Hiburan
  • Ahad, 19 Jan 2025

Tangkap layar di belakang tabir penggambaran siri popular, Senna yang kini ditayangkan di Netflix.

INDUSTRI perfileman Hollywood cukup sarat dengan naskhah berkualiti dan pecah panggung yang menjadi tumpuan seantero dunia.

Manakan tidak, barisan pelakon ternama dan penggunaan kesan khas komputer (CGI) yang digunakan sudah cukup membuktikan betapa mereka sememangnya selangkah di hadapan jika dibandingkan dengan penggiat tanah air.

Namun, ada pihak mendakwa jurang perbezaan itu dipengaruhi faktor teknologi dan kelengkapan khas dalam set penggambaran sesebuah syarikat produksi.

BACA LAGI: Lebih 20 tahun komik tergantung, fans 'Aku, Dia & Volkswagen' desak kisah penamat diangkat ke layar perak

BACA LAGI: Hampir muflis, filem hero 'kelas kedua' Iron Man bantu Marvel langsai hutang RM3.2 bilion, cipta empayar besar Hollywood

Memainkan peranan penting dalam sesebuah naskhah berkualiti, tanggapan itu disokong ramai apabila salah seorang kru produksi syarikat antarabangsa itu mendedahkan rakaman belakang tabir siri popular iaitu Senna.

Hanya berlatar belakangkan skrin hijau di sebuah studio, adegan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) itu dilihat menggunakan teknologi serba canggih dalam rakamannya.

Lebih menarik, pelakon yang disangka menjayakan babak itu secara sendirian rupanya dibantu lebih lima kru yang turut terlibat sama di belakang kamera.

Pendedahan itu sekali gus merungkai segala persoalan penonton yang sebelum ini tertanya-tanya kaedah digunakan dalam sesebuah filem Hollywood.

Palsu semata-mata, maka jelaslah bahawa rata-rata babak perlumbaan dan aksi hebat ditayangkan sebenarnya hanyalah tipu helah lensa kamera sahaja.

Dalam pada itu, siri biografi Senna berkisahkan era kegemilangan legenda pelumba F1 Brazil iaitu Ayrton Senna.

Merupakan antara siri televisyen Brazil paling mahal dihasilkan dalam sejarah, kos penggambarannya menelan jumlah lebih AS$170 juta (RM767 juta). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram