Bukti cinta sejati, Stephen Chow sanggup membujang lepas hubungan cinta dengan Ms Butterfly tak direstui ibu


  • Hiburan
  • Ahad, 15 Dis 2024

Stephen Chow merupakan pelakon dan pengarah tersohor Hong Kong.

TERKENAL dengan naskhah filem komedi, pelakon dan pengarah tersohor Hong Kong, Stephen Chow, 62, digelar sebagai pelopor industri hiburan negara itu.

Mula berkecimpung dalam bidang seni sejak 1983 sebagai pelakon drama, namanya melonjak naik apabila mengarahkan sebuah filem epik kung fu iaitu Shaolin Soccer yang nyata mencuit hati penonton serata negara.

Tidak terhenti di situ, beberapa lagi karya popularnya pernah mencetuskan fenomena di peringkat global antaranya, Kung Fu Hustle, CJ7, The Mermaid dan Journey to the West:Conquering the Demons.

BACA LAGI: Rosak saraf otak, penyanyi popular Thailand maut lepas jalani urutan leher

BACA LAGI: Hampir 20 tahun My Chemical Romance terkena sumpahan demi sumpahan sejak gangguan mistik album The Black Parade

Biarpun sudah bergelar warga emas, Stephen kekal mewarnai industri menerusi legasi dan karya agungnya yang cukup ikonik di layar perak.

@rstips #Movie: " #Kung #Fu #Hustle " #easy #option #funny #funnyvideo #comedy #comedyvideo #bodybulding #bodybuldingmotivation #tall #choose #chooseone #body #intimitate #joke #hope #noescape #kungfu #glasses #selfesteem #fyp #foryoupage #asian #asianmovie #viral #viralvideo #scared #fight #stereotypes ♬ πρωτότυπος ήχος - RST's

Tatkala menempa kemasyhuran di pentas antarabangsa, Stephen masih belum bertemu cinta hatinya usai pemergian kekasihnya, Jacqueline Law yang dilaporkan meninggal dunia pada 2012.

Di sebalik kisah duka itu, Stephen sebenarnya menyimpan 1,001 duka yang antara lain menjadi alasan mengapa dia masih membujang hingga ke hari ini.

Menurut laporan Agensi, status dirinya yang masih belum berkahwin berkait rapat dengan pemergian bintang filem Ms Butterfly (1993) itu yang difahamkan tidak berkesudahan dengan perkahwinan.

Mula berkenalan ketika membintangi filem The Final Combat (1989), percintaan pasangan itu terhenti di tengah jalan ekoran tidak direstui ibu Stephen, Lin Bo Yee.

78694671_2912227782120606_1960944868918296576_n

Stephen dan Jacqueline mula berkenalan ketika berlakon bersama dalam filem The Final Combat (1989).

Dibesarkan ibunya sejak dari kecil membuatkan pengarah tersohor itu sukar untuk membuat pilihan dan terpaksa akur dengan keputusan untuk melupakan cinta hatinya.

Selepas kisah percintaannya terhenti di tengah jalan, Jacqueline bertemu jodoh dengan seorang usahawan Singapura namun, meninggal dunia selepas disahkan mengidap penyakit kanser pankreas pada 2012.

Selepas Jacqueline, Stephen dikatakan pernah terpalit percintaan dengan beberapa selebriti wanita lain namun tiada seorang pun yang mampu memanjangkan hubungan itu ke alam perkahwinan.

Sehingga kini, Stephen belum mengahwini sesiapa dengan pintu hatinya dikatakan telah lama tertutup sejak cinta sejatinya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram