DARI dunia fiksyen ke realiti, pelakon kartun ikonik Power Rangers, Patricia Ja Lee, 50, kini berkhidmat sebagai anggota bomba di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Lebih dikenali sebagai seorang pelakon, popularitinya cukup masyhur dalam kalangan kanak-kanak menerusi watak sebagai Pink Ranger dalam dua siri kartun iaitu Power Rangers Turbo (1997) dan Power Rangers in Space (1998).
Mengimbau kembali era kegemilangan pelakon kacukan Korea Selatan dan AS itu, sejak seawal usia 12 tahun,Patricia telah diberikan tanggungjawab membintangi watak adiwira dalam rancangan kartun berkenaan.
Semakin dikenali, penampilannya terus ditagih dalam pelbagai rancangan siri animasi dan permainan video syarikat berpangkalan di Jepun, Bandai Entertainment.
Patricia Ja Lee merupakan pelakon watak Pink Ranger dalam siri kartun popular Power Rangers.
Patricia juga kerap dijemput sebagai tetamu dan juri di ekspo anime yang berlangsung meluas di serata negara ekoran pengaruh besar serta popularitinya dalam menjayakan watak Pink Ranger yang umumnya sangat diminati ramai kanak-kanak perempuan.
Selain itu, Patricia juga pernah menjadi pelakon aksi dan alih suara bagi watak Jill Valentine dalam permainan video Resident Evil (2011) bagi dua siri berturut-turut.
Selang beberapa tahun kemudian, pelakon berperwatakan ceria dan lucu itu kembali mengubati kerinduan peminatnya apabila sekali lagi muncul sebagai Pink Ranger dalam episod khas Power Rangers Super Megaforce (2014).
Merupakan siri yang menghimpunkan kesemua watak Rangers dari generasi berbeza, Patricia merupakan antara individu terawal memegang peranan tersebut dan dianggap senior dalam kalangan generasi kini.
Menutup kariernya sebagai adiwira Power Rangers, Patricia kemudiannya bersara dari dunia lakonan dan menganggotai pasukan bomba dan penyelamat di Los Angeles (LA) sejak 2021.
Patricia Ja Lee kini berkhidmat sebagai anggota bomba di Los Angeles.
Meskipun hal itu tidak dikongsikan secara meluas, namun beberapa laporan Agensi mendedahkan karier pelakon tersebut yang ketika ini berkhidmat dalam unit beruniform tersebut.
Dalam pada itu, Patricia dilaporkan turut terlibat dalam misi menyelamat mangsa kebakaran hutan yang melanda LA baru-baru ini.
Setakat ini, seramai 27 nyawa dilaporkan terkorban dengan 12,300 buah struktur bangunan musnah dalam tempoh lebih seminggu tragedi tersebut berlaku.
Pasukan bomba difahamkan sedang giat berusaha menangani dua kebakaran hutan utama di LA dan kesemua mangsa terjejas telah pun diarahkan untuk berpindah ke lokasi selamat buat sementara waktu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram