Kontrak batal sebab tipu umur, The Boogeyman bintang WWE paling seram berbanding 2 beradik The Undertaker-Kane


  • Hiburan
  • Isnin, 20 Jan 2025

The Boogeyman merupakan antara penggusti paling menggerunkan di pentas WWE.

SUDAH menjadi kelaziman penggusti WWE tampil dengan imej dan penampilan unik yang mampu menjadi ikutan penonton.

Nama-nama besar seperti The Rock (Dwayne Johnson), John Cena (John Felix Anthony) dan Batista (David Michael Bautista) merupakan antara yang paling diminati ramai ekoran aksi dan gaya persembahan menarik ditampilkan dalam pertempuran.

Pun begitu, ketiga-tiga bintang Hollywood itu masih belum mampu menewaskan seorang lagi penggusti asal Phoenix, Amerika Syarikat (AS) ini yang diundi sebagai penggusti paling menakutkan sepanjang sejarah penubuhan WWE.

BACA LAGI: Kekal imej bertanjak, Shaukat sudah sebelah kaki ke pentas WWE

BACA LAGI: Populariti The Rock di Hollywood bagaikan 'rezeki terpijak', tewaskan 2 lagi penggusti hebat WWE

jau

The Boogeyman tampil dengan imej menyeramkan di pentas WWE.

Dikenali sebagai The Boogeyman, penampilannya di pentas WWE acap kali mengundang rasa gerun dan ketakutan bukan sahaja buat lawannya, malah penonton di rumah juga turut sama terkesan.

Bagai dirasuk hantu, The Boogeyman atau nama sebenarnya Martin Wright, 60, menjadikan cacing sebagai sebahagian daripada elemen pentas persembahannya.

Setiap perlawanan akan dimulakan dengan lambakan cacing yang ditaburkan di atas gelanggang.

Bukan itu sahaja, The Boogeyman turut menjadikan ia sebagai salah satu hidangan sebelum pertempuran dimulakan.

Meskipun digelar jijik, pengotor dan tidak beradab, kelakuan aneh itu menjadi sebahagian daripada simbolik karakter dibawakan dalam WWE.

Menjadi ikon dalam kalangan penggusti generasi kini, keberanian dan keunikan The Boogeyman kekal menjadi sebutan ramai selepas kali terakhir beraksi di WWE pada 2009.

Di sebalik populariti dan kemasyuran kariernya sebagai ahli gusti profesional, The Boogeyman tidak terlepas daripada dilanda musibah memalukan.

Dipecat dan dihalau serta merta dari WWE, individu yang sering mengenakan imej muka berceloreng itu didapati bersalah kerana gagal mematuhi syarat had usia ditetapkan.

Menurut laporan Agensi, kontrak The Boogeyman dibatalkan pada 2004 selepas didakwa membohong berkaitan usianya yang ketika itu melebihi syarat penyertaan WWE iaitu 30 tahun dan ke bawah.

Walhal, usia sebenarnya berdasarkan pasport adalah 40 tahun, sekali gus membuatkan penyertaannya terbatal secara automatik.

Biarpun dihujani kecaman daripada penonton, peminat setianya kekal melontarkan sokongan terhadap penggusti berkenaan yang kemudiannya mencetuskan fenomena di laman sosial.

Pengaruh besar dimiliki The Boogeyman membuatkan dirinya kekal relevan apabila sekali lagi membuat kemunculan di pentas WWE dengan tawaran kontrak tetap sebagai penggusti legenda.

Sehingga kini, dia masih aktif sebagai penggusti dan turut mengembangkan bakatnya dengan melatih beberapa pelapis baharu di bawah komunitinya sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram