Ramai terkejut Shawn Mendes solat Jumaat, dengar khutbah sampai habis di masjid New York


  • Hiburan
  • Ahad, 19 Jan 2025

Tangkap layar Shawn Mendes ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid dekat Universiti New York baru-baru ini.

INDUSTRI muzik antarabangsa kecoh apabila penyanyi pujaan ramai, Shawn Mendes, 26, dilihat hadir menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid dekat Universiti New York baru-baru ini.

Difahamkan, penyanyi pop sensasi kelahiran Kanada itu ditemani rakan karibnya yang juga artis iaitu Mustafa Ahmed, 26 atau lebih dikenali sebagai Mustafa the Poet.

Merupakan seorang penulis lirik dan penyanyi berasal dari Toronto, Kanada, Mustafa meraih populariti menerusi album sulungnya berjudul Dunya.

BACA LAGI: [VIDEO] Telan kos lebih RM700 juta, kru dedah siri Netflix 'Senna' rupanya guna skrin hijau

BACA LAGI: 'Intro' singa ikonik filem terbitan syarikat Hollywood rupanya pernah ditukar 5 kali, tercetus dari idea skuad olahraga universiti

Mengundang perhatian ramai, perkara itu dirakamkan peminatnya yang seolah-olah tidak percaya Shawn menunaikan solat Jumaat biarpun masih belum bergelar Muslim.

Beberapa peminat sempat bergambar dan berswafoto dengan pelantun lagu Stitches itu yang cukup dikenali di pentas Hollywood.

Dalam pada itu, Mustafa dilaporkan mula memeluk Islam sejak usia 15 tahun selepas diperkenalkan oleh ibu bapanya.

Merupakan sahabat baik di negara kelahiran, Mustafa dan Shawn difahamkan sedang dalam pembikinan sebuah lagu baharu.

Rata-rata warga maya menitip rasa syukur dan berharap agar penyanyi popular itu diberikan hidayah untuk memeluk Islam satu hari nanti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram