PEMINAT komik tempatan pasti tidak asing dengan naskhah Ujang, Apo, Gempak yang satu ketika dahulu mencatat jualan tinggi sekitar era 1990-an hingga awal 2000.
Biarpun semakin ditelan dek zaman, memori manis dan nostalgia peminat komik satu ketika dahulu kekal terpaku dalam ingatan individu yang masih mengumpul koleksi bahan bacaan tersebut.
Baru-baru ini, komik Aku, Dia & Volkswagen kembali menjadi bualan hangat warga maya susulan perkongsian terbaharu penulisnya, Kartunis Ubi berkaitan kesinambungan komik tersebut.
BACA LAGI: Kecewa industri komik tak laku, kartunis Ujang gesa saluran TV khas buat pelukis komik animasi
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
Jelasnya, siri yang mula diterbitkan sejak 1998 itu terhenti pada 2002 akibat konflik dalaman dan arahan dari pihak pengurusan syarikat.
Berhajat untuk menyambung semula siri itu selepas lebih 20 tahun tergantung tak bertali, impian itu walau bagaimanapun terbatas ekoran isu pemilikan hak cipta.
Pun begitu, rata-rata peminat berharap agar komik itu mendapat sentuhan pengkarya ataupun pembikin filem berbakat yang mampu mengangkat naskhah itu ke layar perak.
Merupakan antara siri komik terpanjang dengan 64 jilid diterbitkan, kisah percintaan pasangan romantis fiksyen itu diyakini mampu pecah panggung jika direalisasikan.
"Kalau la ada sesiapa boleh ambil buat adaptasi jadi drama ke filem kan bagus, buat cerita berdasarkan kisah sebenar mesti menarik," kata Kerol Nuar.
"Buat versi animasi ataupun drama pun menarik, ramai ternanti-nanti siapa watak Kak Ina dalam dunia sebenar," ujar Faizul.
"Pengakhiran tergantung, tolong la sambung buat drama kat televisyen, pelakon banyak yang berbakat boleh angkat komik ni ke kisah realiti," tambah Hamidin Halid.
Dalam pada itu, siri komik popular itu dikatakan bakal disambung semula hasil sokongan dan dorongan daripada peminat.
Ubi mendedahkan episod kesinambungan Aku Dia & Volkswagen sedang dalam pembikinan dan bakal menemui noktahnya dalam masa terdekat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram