[VIDEO] Wanita pandu ‘King’ ditahan bawa kereta berbahaya, potong barisan di Bukit Bintang


  • 112
  • Jumaat, 17 Jan 2025

Rakaman tular di Bukit Bintang memaparkan seorang wanita ditahan kerana memandu secara berbahaya.

SEORANG wanita yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi ditahan pihak berkuasa selepas memandu secara berbahaya dan memotong barisan di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian di Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail pada Jumaat itu menyaksikan seorang anggota polis trafik hampir dilanggar oleh suspek.

Ia disebabkan suspek enggan memberhentikan kenderaan semasa polis tersebut mengarahkannya berbuat demikian.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati lori gagal lepasi kelulusan, pelanggan tampar staf Puspakom di JB

BACA LAGI: 'Susu Handzalah kini milik Faleeq', ibu hilang bayi di taska Saujana Putra ambil anak susuan

"Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, suspek berumur 38 tahun terbabit bertindak memandu secara berbahaya dan memotong barisan laluan sehingga menyebabkan kemalangan.

"Anggota trafik bertugas kemudiannya mengarahkan mangsa berhenti namun suspek enggan sebelum cuba melarikan diri.

"Suspek kemudiannya ditangkap dan direman dua hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Tindakan suspek itu hampir menyebabkan kenderaan dipandunya melanggari anggota polis tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan.

Suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram