Hampir 20 tahun My Chemical Romance terkena sumpahan demi sumpahan sejak gangguan mistik album The Black Parade


  • Hiburan
  • Isnin, 09 Dis 2024

My Chemical Romance merupakan kumpulan rock popular diminati serata negara.

REPUTASI kumpulan rock My Chemical Romance (MCR) cukup gah di persada antarabangsa dengan imej unik dan persembahan bertenaga ditampilkan antara resepi kejayaan kugiran asal Amerika Syarikat (AS) itu.

Selepas hampir enam tahun dibubarkan sejak 2013, kumpulan yang terkenal dengan lagu Welcome To The Black Parade itu kembali bersatu pada 2019 dan kini giat menjalankan konsert jelajah di beberapa buah negara bagi mengubati kerinduan peminatnya.

Namun, kumpulan diketuai vokalisnya, Gerard Way itu sebelum ini dilaporkan hampir dibubarkan ekoran beberapa peristiwa hitam yang berlaku ketika pembikinan album terakhirnya, The Black Parade pada 2006.

BACA LAGI: Bukan lagi bawah naungan Luncai Emas, Margasatwa serlah budaya Terengganu menerusi 'Dalam Kotok'

BACA LAGI: Lagu dodoi arwah ibu jadi siulan, bekas juara AJL, SOG kongsi sisi berbeza menerusi 'Bulanku'

9b23a017065eefe66bea246a1d0e1e04

The Black Parade merupakan album MCR paling popular dan diminati ramai.

Merupakan album paling laku sepanjang 12 tahun kumpulan itu berkecimpung dalam industri muzik, MCR dikatakan bagai terkena 'sumpahan' apabila proses pembikinan album itu tidak berjalan lancar seperti dirancang.

Gangguan misteri

Keseluruhan album itu dirakamkan di sebuah kawasan rumah berhantu terkenal dekat Amerika Syarikat (AS), The Paramour bagi menjiwai elemen seram dan klasik yang disifatkan sesuai dengan konsep album tersebut.

Namun, proses rakaman lagu Sleep yang merupakan salah satu lagu dalam album tersebut tergendala akibat beberapa gangguan mistik membabitkan pemain gitarnya, Mikey Way.

Vokalisnya, Gerard Way turut menceritakan pengalaman seram apabila kerap terdengar bunyi pintu selama proses penyuntingan muzik video itu dijalankan.

Gerard Way cedera

Gerard Way berdepan detik cemas apabila tercedera di bahagian kaki akibat pelanggaran dengan gitarisnya, Frank Iero ketika sedang menjalankan sesi penggambaran muzik video Famous Last Word.

Menurut Agensi, vokalis itu terpaksa ditahan beberapa hari di hospital selepas tisu ligamen kakinya terkoyak dan menyukarkan pergerakannya.

maxresdefault

Muzik video Famous Last Word berkonsepkan kebakaran dan api marak.

Rakaman lagu itu yang berlatar belakangkan api marak, turut menyebabkan pemain drumnya, Bob Bryar mengalami lecuran di bahagian kakinya akibat percikan api yang berlaku secara tiba-tiba.

Situasi itu memaksa MCR membatalkan salah satu konsert yang dijadual berlangsung keesokan harinya akibat kecederaan dialami kedua-dua anggotanya.

Diserang penyakit misteri

Jelajah promosi album The Black Parade tidak berjalan lancar seperti dirancang apabila hampir kesemua anggita kumpulan itu diserang penyakit misteri.

Bermula daripada keracunan makanan hingga demam berpanjangan, seorang demi seorang anggotanya dimasukkan ke wad hospital dan segala program jelajah konsertnya ditunda ke tarikh lain.

Kumpulan rock Muse yang dijadual berkongsi pentas bersama MCR, turut berdepan nasib sama apabila kesemuanya mengalami keracunan makanan dan terpaksa membatalkan konsert tersebut.

Terdahulu, bekas pemain dram kumpulan My Chemical Romance, Bob Bryar, ditemui mati di rumahnya di Tennessee, AS pada November lalu.

Mayat Bryar ditemukan dalam keadaan sudah hampir reput di kediamannya namun pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram