AKAR reput disyaki menjadi punca kejadian pokok tumbang di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada Khamis.
Namun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan faktor utama kejadian pokok berusia 35 tahun itu tumbang masih belum dikenal pasti.
“Pemeriksaan pokok berhampiran di Jalan Pudu akan dijalankan bagi memastikan keselamatan orang ramai.
“Pada Disember 2024, DBKL telah mengarahkan dua syarikat kontraktor menjalankan kerja penyelenggaraan pokok dan pemangkasan serta penebangan di kawasan Parlimen Bukit Bintang termasuk Jalan Pudu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye
BACA LAGI: [VIDEO] Bola kena tepat dada, remaja lelaki tak pasal-pasal hilang nyawa ketika liga belia di Brazil
Diafahamkan, laluan tersebut akan dibuka semula sepenuhnya pukul 2 petang Jumaat berikutan kerja-kerja pembetulan.
Terdahulu, kejadian pokok tumbang berhampiran Wisma Magnum, Jalan Pudu telah mengakibatkan kerosakan sebuah kenderaan dan mencederakan dua wanita.
Kedua-dua mangsa berusia 39 tahun dan remaja berusia 15 tahun itu bagaimanapun telah diberikan rawatan di hospital.
DBKL pada masa sama telah melantik pasukan kontraktor bagi menjalankan penilaian terhadap keadaan 80 buah pokok berisiko di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Setakat 31 Disember 2024, sebanyak 17,626 pokok telah ditebang di semua 11 kawasan dekat Kuala Lumpur.
Penekanan khusus diberikan kepada pokok yang terletak di laluan utama pusat bandar, kawasan perumahan dan taman rekreasi berhampiran sekitar laluan berkenaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram