SIAR: Katanya fasih berbahasa Tamil sejak umur 18 tahun, Aznah Hamid 'cinta hati' pertama Rajinikanth kini tauke 'perfume'


  • Hiburan
  • Khamis, 16 Jan 2025

Aznah Hamid ketika bergandingan bersama bintang Bollywood, Rajinikanth menerusi filem Priya (1979).

DUNIA perfileman tanah air sentiasa dimeriahi dengan bakat-bakat baharu yang cukup versatil dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Semakin dikenali di pentas Hollywood, beberapa artis tempatan mula mencipta nama dan menerima anugerah di peringkat tertinggi seperti Tan Sri Michelle Yeoh, Siti Saleha, Susan Lankester dan Azira Syafinaz yang masing-masing meraih penghargaan baru-baru ini.

Namun, ungkapan ayat 'tiada lama tiada baharu' menjadi topik bualan hangat peminat filem tanah air yang turut mengangkat bakat artis terdahulu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak malu pun berniaga perfume, itu memang saya', Aznah Hamid akui dah tak relevan jadi artis popular

BACA LAGI: Dahulunya arkitek, Joey BPR kongsi lebih 100 ‘kisah benar’ dunia rock, alam mistik dalam buku terbitan sendiri

Antara yang menjadi sebutan ramai adalah pelakon veteran, Aznah Hamid, 71, yang sebelum ini pernah menjejak kaki ke perfileman Bollywood sekitar 1979.

Legasi seninya dalam industri tempatan tidak kurang hebatnya apabila pelbagai naskhah popular pernah dibintangi aktres Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH1988) itu.

@siardotmy

#SIAR Filem menarik hanya di https://siar.my

♬ original sound - SIAR

Dikatakan pelakon wanita tempatan pertama bergelar artis Bollywood, Aznah pernah bergandingan dengan bintang popular Rajinikanth menerusi filem Priya.

Bukan sekadar watak tambahan ataupun tempelan, pelakon Sembilu (2005) itu berperanan selaku heroin kepada Rajinikanth dan terlibat sepenuhnya dalam kesemua lokasi penggambaran filem berkenaan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Meskipun baru berusia 18 tahun ketika itu, Aznah sudah diberikan peranan besar melakonkan watak utama dalam filem berkenaan yang juga merupakan karya pertamanya dalam dunia seni.

Wajah dan pesona ayu dimiliki membuatkan namanya cukup popular di awal pembabitannya hinggakan turut diminati ramai dalam kalangan penonton Bollywood.

Diterbitkan dalam dua versi bahasa iaitu Kannada (yang luas digunakan di Karnataka dan Goa) serta Tamil, kepetahan ibu kepada pelakon Sheera Iskandar itu berdialog dalam pertuturan berkenaan meraih pujian ramai.

Difahamkan, setiap skrip dan dialog dalam filem berkenaan dihafal sambil dibantu kru produksi yang sentiasa membantunya di set penggambaran.

Lebih lima dekad bergelar pelakon, Aznah kini melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan barangan alat solek wanita dan pewangi.

Kerap terlibat dalam jualan di festival ataupun acara jualan sekitar ibu negara, pelakon itu juga kerap mempromosikan produknya di laman TikTok sebagai salah satu platform jualannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram