[VIDEO] Badan bersepai, warga asing maut terjatuh tingkat 39 hotel mewah di Kuala Lumpur


  • 112
  • Rabu, 15 Jan 2025

Tangkap layar seorang warga asing maut terjatuh dari tingkat 39 sebuah hotel di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

SEORANG lelaki warga asing dilaporkan maut selepas terjatuh dari sebuah hotel mewah di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.39 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan kejadian dengan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BACA LAGI: 'Terengganu dalam momentum baik', Juan Muniz jangka aksi semifinal Piala Malaysia di SSMZA sukar

BACA LAGI: [VIDEO] Lori bawa tanah, bunga terbabas langgar pengadang punca nahas, 3 termasuk pelajar kolej maut di Rembau

"Kami menerima maklumat mengenai kejadian seorang lelaki warga asing terjatuh dari sebuah hotel.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah menginap di hotel berkenaan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, warga asing berusia 29 tahun itu terjatuh dari tingkat 39 dan ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh orang ramai.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes tersebut. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram