PUNCA kebakaran hutan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat masih belum berjawab dengan pihak polis dan pasukan penyelamat negara berkenaan sedang giat berusaha menjalankan siasatan.
Terbaharu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkunjung ke kediaman pelakon Hollywood, Ben Affleck bagi mendapatkan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan Palisades, LA.
Difahamkan, FBI meminta bantuan daripada pelakon filem Batman itu yang dipercayai memiliki rakaman perlanggaran dron yang merosakkan pesawat pemadam api bomba, Scooper Super baru-baru ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Kebakaran hutan LA ragut 5 nyawa, Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terkesan
BACA LAGI: Kim Kardashian derma pakaian dalam jenama sendiri, makanan untuk mangsa kebakaran tragis LA
Namun, tiada sebarang kenyataan dibuat Ben berhubung perkara tersebut dengan rakaman serta foto kejadian mula tular di laman sosial sejak Ahad lalu.
FBI ketika berkunjung ke kediaman Ben Affleck (kanan).
Terdahulu, bapa kepada tiga orang anak itu berpindah ke kediaman bekas isteri pertamanya, Jennifer Garner susulan tragedi kebakaran melanda di Palisades.
Namun, beberapa hari kemudian Ben dilaporkan pulang semula ke rumahnya selepas dimaklumkan tidak mengalami sebarang kerosakan akibat kebakaran tersebut.
Pelakon itu dilaporkan masih bersekedudukan dengan bekas isteri keduanya, Jennifer Lopez, dan kini menetap bersama pelakon cantik itu bersama anak-anaknya.
Dalam pada itu, kebakaran hutan yang berlaku di LA difahamkan terjadi akibat cuaca kering dan angin kencang yang menyebabkan pihak bomba sukar mengawal api daripada terus merebak dengan pantas.
Berdasarkan laporan semasa, seramai 24 mangsa disahkan meninggal dunia akibat kebakaran tersebut dengan pelbagai usaha diambil bagi mengelakkan kebakaran menyebabkan kerosakan lebih serius. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram