[VIDEO] Agnez Mo minta ruang privasi, masih bersedih tak dapat ziarah pusara kakak ipar akibat terkandas di LA


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Jan 2025

Agnez Mo tidak berkesempatan untuk menziarahi pusara mendiang kakak iparnya kerana terkandas di Los Angeles.

PENYANYI popular kelahiran Indonesia, Agnes Monica, 38, berduka apabila kehilangan kakak iparnya yang disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu.

Mendiang Theresia S Parmenas menghembus nafas terakhirnya pada usia 48 tahun di sebuah hospital dekat Indonesia.

Lebih menyedihkan, penyanyi yang popular dengan lagu Matahariku itu tidak berpeluang menziarahi pusara kakak iparnya ekoran terkandas di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) akibat tragedi kebakaran hutan melanda kawasan berkenaan baru-baru ini.

BACA LAGI: Rumah keluarga rentung, Paris Hilton antara artis Hollywood terjejas tragedi hutan terbakar di LA

BACA LAGI: [VIDEO] Mike Shinoda dedah pernah 'sign' kepala bayi dari Malaysia, mahu jumpa semula fans bertuah

@alfazoneofficial yang sabar ya sayang @chloexaviera #agnezmo #agnation #rip ♬ suara asli - alfazone.id

Tampil menjelaskan dirinya dalam keadaan baik, Agnes atau nama pentasnya Agnez Mo mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ucapan takziah daripada peminatnya menerusi hantaran InstaStory di Instagram.

"Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar, tetapi saya meminta sedikit ruang privasi dalam keadaan yang menyedihkan ini.

"Ini sangat privasi, tidak semuanya perlu dikongsikan di laman sosial dan sekarang saya perlukan ruang untuk sembuhkan diri daripada kesedihan.

"Kadang-kala ketenangan itu perlukan privasi, terima kasih kerana memahami," ujarnya.

agnes

Hantaran InstaStory Agnes Monica berkaitan pemergian kakak iparnya.

Difahamkan, mendiang meninggal dunia selepas beberapa mendapatkan rawatan di hospital akibat penyakit kronik.

Namun, sehingga kini masih belum dipastikan punca sebenar ataupun jenis penyakit dihadapinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram