Kim Kardashian derma pakaian dalam jenama sendiri, makanan untuk mangsa kebakaran tragis LA


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Jan 2025

Kim Kardashian menyalurkan sumbangan khas buat petugas bomba dan mangsa terjejas tragedi kebakaran hutan di Los Angeles.

SELEBRITI Hollywood, Kim Kardashian sekeluarga meninggalkan kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) susulan tragedi kebakaran hutan berlaku di kawasan berkenaan baru-baru ini.

Akur dengan arahan mandatori kerajaan AS yang menggesa penduduk segera meninggalkan kawasan tersebut, kediaman Kim Kardashian antara yang terjejas selepas api dilaporkan semakin marak ke bandar Hidden Hills yang merupakan kawasan rumahnya.

Sebelum berpindah, Kim sempat menghulurkan sumbangan bantuan makanan dan pakaian buat mangsa terjejas dalam tragedi kebakaran tersebut.

BACA LAGI: Rumah keluarga rentung, Paris Hilton antara artis Hollywood terjejas tragedi hutan terbakar di LA

BACA LAGI: [VIDEO] Mike Shinoda dedah pernah 'sign' kepala bayi dari Malaysia, mahu jumpa semula fans bertuah

Pasukan anggota bomba yang bertugas turut dibantu dengan sumbangan makanan dari sebuah restoran terkemuka, Restoran Carousel.

kimm

Kenyataan Kim Kardashian berhubung sumbangan disalurkan buat mangsa kebakaran di Los Angeles.

Adiknya, Khloe Kardashian, 40, berkongsi hal itu menerusi hantaran di InstaStory dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan besar dilakukan pasukan penyelamat berkenaan.

"Kami sangat bersyukur, terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertarung nyawa menyelamatkan kami," ujarnya.

Kim Kardashian dilaporkan turut mendermakan sejumlah pakaian dalam wanita jenamanya sendiri, SKIMS khas buat mangsa keluarga terjejas.

Terdahulu, lebih 100,000 penduduk Los Angeles telah diarahkan untuk berpindah, sementara 87,000 lagi menerima amaran pemindahan.

Jumlah angka korban yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat dengan 16 lagi mangsa lain dilaporkan masih hilang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram