ISU berkaitan penderaan terhadap haiwan terutamanya kucing jalanan terus menjadi perkara hangat dengan satu rakaman tular di media sosial.
Menerusi perkongisan Stray Free Foundation (SFF), tular satu rakaman sekumpulan pemuda di Pangsapuri Meranti, Cheras, Selangor memasukkan beberapa ekor kucing ke dalam guni.
Menurut akaun tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku pada sekitar petang Sabtu.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki tercengang motor kena curi depan mata lepas keluar kedai runcit di Kota Bharu
"Dapat dilihat jelas para penduduk tempat tersebut bersama-sama memindahkan kucing-kucing jalanan dari sangkar secara hidup-hidup dan letakkan mereka dalam guni dan diikat.
"Ini sangat sukar untuk diterima, semua pihak dalam video ini mesti dihukum dengan jenayah yang dilakukan!," kata akaun tersebut.
Lokasi: Block A, Pangsapuri Meranti Cheras
Tarikh: 11/1/2025
Masa: Petang
Kejadian: Penduduk masukkan kucing2 yg masih hidup ke dlm guni, diikat & dibuang ke lokasi yg tidak diketahui. Minya ramai2 buat report pada @DVSMalaysia! pic.twitter.com/fH60zxnmt8
— Stray Free Foundation (@StrayFreeFndn) January 11, 2025
Namun begitu, salah seorang individu dalam video tersebut bernama Shariffudin Puzi menjelaskan tindakannya dia dan para penduduk pangsapuri tersebut.
Menurutnya, tindakan tersebut bukanlah untuk membunuh kucing tersebut, sebaliknya mereka cuma memindahkannya ke kawasan lain yang lebih selamat dan mempunyai makanan memandangkan haiwan tersebut tidak bertuan.
"Kami tidak bunuh, kami hanya tangkap dan lepaskan di kawasan gerai-gerai makan. Ini atas permintaan penduduk sebab banyak sangat kucing liar suka buang najis di hadapan rumah orang.
"Sebab itu persatuan penduduk ambil tindakan, tangkap dan lepaskan di kawasan pasar-pasar supaya mereka ada juga makanan di sana," kata Shariffudin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram