SEORANG bapa berkongsi kesedihan anaknya yang baru-baru ini gagal mewakili pasukan bola baling ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).
Biarpun anaknya merupakan antara penyumbang gol terbanyak dan pemain utama dalam pasukannya, ia masih tidak menjamin posisinya dalam senarai pilihan jurulatih untuk dihantar mewakili ke daerah.
Kecewa dengan kegagalan tersebut, antara faktor anaknya tidak dipilih adalah disebabkan saiz badannya yang terlampau kecil dan skil permainannya yang dikatakan boleh mencederakan diri sendiri.
BACA LAGI: Manuel Ott optimis TFC muncul semifinalis, semakin padu bawah sentuhan bos no.1
"Lepas habis perlawanan jurulatih ada pesan, katanya tak semestinya score banyak akan dipanggil untuk pemilihan wakil MSSD. Banyak lagi kriteria lain yang panel pemilih nak tengok.
"Antara alasan tak terpilih sebab tabiat dia suka dive masa shoot, jurulatih tak nak pemain cedera kalau main di gelanggang keras dan satu lagi saiz badan dia kecik.
"Tanya dia, abang okay ke tak terpilih? Dia tunduk sambil jawab abang okay je. Tahu dia kecewa, tapi itu lah hidup. Bukan semua yang kita nak kita akan dapat," ujar Shahrul Nizam Khosim di laman Facebook pada Khamis lepas.
Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui bahawa rata-rata pemain terpilih wakil ke MSSD juga bersaiz badan kecil seperti anaknya.
Tambahnya, lebih mengecewakan apabila ada di antara murid yang berada di ranking ke-10 dalam pasukan anaknya juga tidak terpilih.
Ia sekali gus mencetuskan spekulasi berkaitan kriteria pemilihan murid mewakili ke peringkat MSSD yang menurutnya cukup mengecewakan.
"Rupanya ada je 2, 3 orang pemain sekolah lain yang bersaiz kecik. Anak jurulatih sekolah lain pun ada join pemilihan walaupun sama tinggi dengan adik Rayyan yang darjah 3.
"Kawan dia yang ranking no 10 dalam pasukan pun rupanya terpilih senyap-senyap.
"Dia diam tak cakap apa, dalam perjalanan tu cakap kat dia hidup ni macam tu lah. Bukan ikut buku. Peraturan dibuat untuk orang lain, bukan untuk yang punya kuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram