PEMINAT filem Hollywood pastinya tidak asing dengan karya keluaran syarikat produksi Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) yang cukup popular di pentas antarabangsa.
Ikoniknya naskhah terbitan MGM, ngauman seekor haiwan buas singa pastinya menghiasi setiap filem dihasilkan syarikat berkenaan yang sehingga kini menjadi 'trade mark' buat penonton.
Klip pendek pada pembukaan filemnya menjadi lambang kualiti serta kreativiti pihak produksi dalam menghasilkan sesebuah karya.
BACA LAGI: Populariti The Rock di Hollywood bagaikan 'rezeki terpijak', tewaskan 2 lagi penggusti hebat WWE
BACA LAGI: Watak antagonis filem Rambo 4 rupanya bekas pemberontak, dedah sisi gelap isu penindasan di Myanmar
Mula diperkenalkan sejak 1928, sebanyak lima ekor singa telah dijadikan sebagai maskot dalam klip pendek tersebut dengan yang kali terakhir adalah pada 1957.
Menurut laporan Agensi, perekanya, Howard Dietz memilih singa sebagai maskot demi tanda penghargaan buat pusat pengajiannya di Universiti Columbia dan pasukan olahraganya yang digelar 'Lions'.
Dilatih oleh penjinak haiwan terkemuka, Volney Phifer, singa pertama dinamakan Slats.
@johnmcoof MGM 2021 Logo With Miramax Films 1987 Fanfare #mgm #metrogoldwynmayer #miramax #logo #fanfare #1924 #1979 ♬ original sound - johnmcoof
Rakaman pada 1924 merupakan antara yang paling berbahaya dan mencemaskan ekoran tekanan dihadapi barisan kru produksi ketika penggambaran dijalankan.
Tidak dirantai kerana enggan haiwan itu tertekan, studio rakaman berkenaan bagaimanapun ditutup dan dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.
Biarpun sudah dijinakkan sejak kecil dan terbiasa dengan kehadiran manusia, ngauman Slats dikatakan antara yang terpaling menakutkan berbanding singa-singa lain.

Namun, khidmat Slats cuma bertahan selama empat tahun selepas sesi rakamannya dihentikan pada 1928 akibat isu kesihatan yang tidak mengizinkan.
Jangka hayat Slats tidak berpanjangan apabila dilaporkan mati pada 1936 dan digantikan dengan Jackie yang mempunyai suara serta saiz hampir menyerupai singa asal.
Menariknya kisah Jackie, rakamannya digunakan dalam lebih 100 buah filem terbitan MGM dan dikatakan mempunyai sembilan nyawa menyerupai kucing.
Ia susulan beberapa tragedi yang nyaris mengorbankan haiwan itu antaranya gempa bumi, letupan di studio dan insiden nahas kapal terbang berhampiran studio rakaman MGM.
Jackie kemudiannya diberikan gelaran 'Leo the Lucky' sebelum kembali dipulangkan ke tempat asalnya di Zoo Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) pada 1931.
Seterusnya, dua lagi ekor singa lain turut digunakan dalam sesi penggambaran klip pendek tersebut iaitu Tanner (1934-1956) dan George (1956-1958).
Singa terakhir digunakan dikenali sebagai Leo mengambil alih peranan itu pada 1957 dan telah muncul dalam pelbagai filem popular seperti Tarzan, Rocky III, James Bond dan lain-lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
