KUMPULAN muzik metal Defective dibanjiri kecaman serta tohmahan susulan tindakan vokalisnya yang menendang kepala peminat ketika mengadakan konsert di Jakarta, Indonesia pada Rabu.
Insiden berlaku ketika kumpulan itu sedang menyampaikan lagu sambil disaksikan puluhan peminat yang leka menari dan bersorak ketika kejadian.
Namun, vokalisnya, Diva Alias Cimeng bertindak luar kawalan apabila menendang beberapa penonton di barisan hadapan sambil disaksikan beberapa individu lain.
BACA LAGI: Pentas 'hardcore' ke menara gading, vokalis Dead Graph buktikan pemuzik punk mampu genggam PhD
BACA LAGI: Bukan lagi bawah naungan Luncai Emas, Margasatwa serlah budaya Terengganu menerusi 'Dalam Kotok'
Tidak terhenti di situ, dua lagi penonton turut menerima nasib sama apabila ditendang Diva yang bagaikan dirasuk ketika kejadian.
Tersentak dengan tingkah laku tersebut, beberapa individu tampil memberikan bantuan namun Diva dilihat meneruskan persembahan tanpa sedikit rasa bersalah atas perbuatannya.
Rakaman kejadian dikongsikan di laman X dan rata-ratanya mengecam perilaku Diva yang dikatakan tidak bermoral dan biadab.
Viral video tendang kepala penonton saat live, vokalis band Hardcore asal Bogor, Defectice, Cimeng minta maaf lewat story Instagram. pic.twitter.com/SaQZNQje8B
— X T R E M E (@XtremeMerch) December 29, 2024
Usai menerima kecaman hebat, vokalis wanita itu tampil membuat permohonan maaf di laman sosialnya dan berjanji untuk perbaiki kekurangan dirinya.
"Dengan ini saya memohon maaf tak terhingga atas tindakan saya baru-baru ini dan kepada mangsa, maafkanlah saya.
"Saya akui saya bersalah dalam hal ini, sekali lagi saya mohon maaf dan berjanji untuk perbaiki kekurangan dan sikap supaya ia tidak berulang lagi di masa akan datang," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.
Dalam pada itu, Defective difahamkan turut menjatuhkan hukuman terhadap Diva dan membatalkan kesemua persembahan dan konsert kumpulan itu sehingga vokalisnya benar-benar sudah berubah.
"Kami dengan ini menjatuhkan hukuman berat kepada Diva, kami akan terus bimbing dia sepanjang di bawah seliaan kami.
"Semua aktiviti dan persembahan telah dibatalkan sehingga kami merasakan Diva sudah pun berubah dan lebih bertanggungjawab," ujarnya di Instagram. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram