USAHAWAN dan pempengaruh terkenal, Datin Vivy Yusof, 37, meluahkan rasa syukur atas bantuan dan sokongan diterima daripada rakan serta pengikut media sosial susulan kontroversi melanda dirinya.
Terpalit kes pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta enam tahun lalu, pengasas platform e-dagang, FashionValet itu kini berdepan hukuman pembekuan akaun bank Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun, perkongsian terbaharunya di laman Instagram baru-baru ini melihatkan Vivy merasa syukur kerana tidak putus menerima rezeki dan ratusan mesej tanya khabar daripada orang ramai.
BACA LAGI: Watak antagonis filem Rambo 4 rupanya bekas pemberontak, dedah sisi gelap isu penindasan di Myanmar
Jelasnya, dia seisi keluarga masih dalam keadaan baik dan kerap menerima bantuan makan daripada rakan-rakan.
"Apabila media mengumumkan bahawa akaun kami telah dibekukan, saya tidak dapat menggambarkan betapa baiknya orang ramai terhadap kami.
"Walaupun kami mempunyai wang yang kami usahakan sendiri, kami tidak dibenarkan untuk mengaksesnya. Segalanya disekat. Kami tidak mempunyai apa-apa.
"Rezeki tidak putus-putus. Kami benar-benar tersentuh oleh rahmat Tuhan melalui kebaikan masyarakat. Malam penutup tahun, kami tiba-tiba menerima makanan kegemaran keluarga kami," katanya.
Perkara itu dikongsikan salah seorang pengikutnya di laman X pada Rabu dan menjadi bualan hangat warga maya.
Kawan aku takde duit, aku send nasi kerabu je. Vivy takde duit, kawan dia hantar beef wellington.
Dan cara dia cerita mcm pantry rumah dia kosong takde makanan langsung, gas habis, letrik takde kena potong, petrol kereta takde, dan gelang mas habis kena gadai.
Pantat. pic.twitter.com/CnA2ZCfiTG
— hollis (@holiltheV) January 1, 2025
Terdahulu, Vivy atau nama lengkapnya, Vivy Sofinas Yusof bersama suaminya, Fadzaruddin Shah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah.
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut.
Kedua-duanya didakwa membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet Sdn Bhd.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram