Dikritik jual harga kayangan Mark Adam perjelas kos 'Satay Bhalut' tolak untung, tak lepas bayar tapak niaga


  • Hiburan
  • Khamis, 02 Jan 2025

Mark Adam tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan mengatakan produk makanannya terlampau mahal.

PENYANYI Mark Adam atau nama lengkapnya Fikri Mark Adam Abdullah, 45, kini bergelar usahawan apabila menjalankan perniagaan makanan 'Satay Bhalut' bersama isterinya.

Namun, belum cukup sebulan perniagaannya beroperasi, warga maya sudah melemparkan komen negatif terhadap produknya yang dikatakan terlampau mahal dan tidak berbaloi.

Lebih menyedihkan, pelantun lagu Marry Me itu dilabel dengan kata-kata kesat antaranya zalim mirip Zionis kerana hanya meletakkan harga tinggi kononnya demi meraih keuntungan semata-mata.

Tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan itu, Mark mendedahkan segala kos melibatkan perniagaannya di samping pulangan untung diraih hasil jualan beberapa hari di sebuah festival dekat Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

BACA LAGI: Restu Leona kahwin muda, Azhar Sulaiman letak syarat calon menantu mesti tak kisah asap rokok, diterima 'High Council'

BACA LAGI: Cipta nama menerusi 'Hikayat Putera Shazlan', Sweet Qismina idam watak 'wanita psiko', bukan lagi gadis kolej

"Saya tengah belajar, saya nak awak tahu situasi saya macam mana, saya punya daging premium, saya ambil sate dari kilang yang dikenali.

"Sate jualan saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popia, sate itu 30 gram. Ikut harga pasaran pilih yang termahal, 500 gram (RM30) dan satu cucuk RM7.50 sebelum kilang ambil untung, air kita letak dalam cawan besar, letak RM3 jadi RM10.50.

"Saya nak tanya awak adakah untung RM2,900 ni cukup untuk nak bayar tapak? Saya berniaga, baru sahaja masih belajar tapi agak-agak la dengan apa yang korang fikir kalau tak tahu," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Mark turut mendedahkan beberapa pekerjanya berdepan tekanan dan hilang semangat akibat terbaca komen cacian di laman sosial.

"Pekerja saya nampak komen dan hantaran itu, ada yang hina kata macam-macam, saya tak kisah sebab dah biasa dengan komen negatif tapi pekerja saya budak baru.

"Mereka hilang semangat sebab terbaca satu komen kata harga 'Satay Bhalut' saya harga yahudi, satu set termasuk air, tiga cucuk RM21.90.

"Bukan mudah tapi isteri saya suka dan kami suka, sebab itu saya utamakan kualiti tanpa fikir keuntungan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram