[VIDEO] Didakwa guna 'Mak Esah' elak tersingkir GV11, Arrora Salwa siap lalu bawah ampaian bukti bebas ilmu hitam


  • Hiburan
  • Khamis, 02 Jan 2025

Arrora Salwa merupakan antara sembilan peserta yang masih bertahan dalam program GV11.

KEKAL bertahan hingga minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), penyanyi Arrora Salwa, 39, didakwa mengamalkan ilmu sihir sepanjang persembahan program realiti tersebut.

Tegas menafikan tuduhan itu, Arrora atau nama lengkapnya Salwa Md. Razak berkongsi beberapa bacaan ayat suci al-Quran untuk mengelak daripada amalan syirik tersebut.

BACA LAGI: Akaun bank kena beku SPRM, Vivy Yusof syukur rezeki tak pernah putus, rakan siap hantar 'beef wellington'

BACA LAGI: 'Intro' singa ikonik filem terbitan syarikat Hollywood rupanya pernah ditukar 5 kali, tercetus dari idea skuad olahraga universiti

"Ada yang kata Arrora Salwa pakai 'Mak Esah', tak perlu pakai, ayat al-Quran lebih senang, saya nak beritahu amalkan surah al-Baqarah ayat satu sehingga lima dan ayat al-Kursi.

Tiga surah al-Baqarah yang terakhir pun hafal, insya-ALLAH orang nak buat apa-apa dekat kita, benda tak baik akan berbalik kepada dia,” katanya menerusi hantaran video di TikTok.

@arrorasalwareal Mak Salwa la pulak eh. Asyik Mak Esah je. Kesian Mak Esah nama diperguna oleh Netizens. Tak baik tau. #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound - arrorasalwareal

Turut membuktikan dirinya bebas dari segala amalan sihir, Arrora berjalan melepasi sebuah ampaian baju demi memuaskan hati pihak yang menuduhnya.

Jelasnya, perkara itu merupakan pantang larang utama bagi mereka yang mempercayai amalan syirik dan boleh mengundang bahaya buat individu berkaitan.

"Lagi satu orang kata, kalau pakai ‘Mak Esah’ tak boleh lalu bawah ampaian.

"Ini sahaja ampaian yang saya ada jadi saya nak langkah, tak ada pun 'Mak Esah', elok lagi, Alhamdulillah," ujarnya.

Terdahulu, Arrora merupakan antara sembilan peserta yang masih bertahan dalam program nyanyian tersebut setakat ini.

Tampil versatil dengan menyanyikan lagu berlainan genre setiap minggu, penyanyi itu bakal menyampaikan lagu Hindi berjudul Wada Karo Nahi Chodoge Tum Mera Saath pada minggu seterusnya kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram