SATU pergaduhan berlaku melibatkan dua pasukan bola sepak amatur dipercayai ketika perlawanan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tok Det yang berlangsung di Padang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Padang Terap, Kedah baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, beberapa pemain dilihat bertindak agresif dan bertengkar sesama sendiri di padang bola tersebut.
Dalam video sama, kelihatan juga pemain yang memakai baju jersi nombor tujuh cuba ditenangkan pengadil.
BACA LAGI: [VIDEO] Acah sorok senjata dalam jaket, 2 lelaki bertopeng ‘berani mati’ rompak kedai emas di Melaka
Namun begitu, pemain nombor tujuh yang memakai jersi berwarna kuning itu kemudiannya bertindak luar jangka apabila menyiku pengadil tersebut.
Pengadil itu yang bertubuh lebih kecil daripada pemain terbabit kemudiannya cuba memegang rakan sepasukan pemain nombor tujuh itu untuk terus mengawal keadaan.
Akan tetapi, malang menimpa pengadil itu kerana tidak lama kemudian dia tiba-tiba saja rebah dan terbaring di padang.
Pengadil yang dikenali sebagai Ustaz Mi itu terbaring dengan dia kemudiannya mendapat rawatan daripada pihak perubatan.
Berkemungkinan, dia mengalami kecederaan akibat disiku dan menyebabkannya dia hilang kawalan sebelum rebah.
Punca berlakunya insiden kekecohan itu masih belum dapat dipastikan. Malah, status pengadil yang diserang pemain tersebut itu masih belum dapat disahkan bagaimana keadaannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram