PELAKON berpengalaman Azhar Sulaiman, 53, dengan rela hati mengizinkan anaknya, Kasih Iris Leona, 22, berkahwin pada tahun depan.
Ia susulan kenyataan dibuat Leona yang sebelum ini menyuarakan keinginannya untuk bergelar suri rumah sepenuh masa walaupun masih belum mempunyai teman lelaki.
Akur dengan kehendak anaknya, Azhar walau bagaimanapun meletakkan beberapa syarat buat calon menantunya kelak.
BACA LAGI: Soffi Jikan kini bertaraf Hollywood, berlakon siri popular Marco Polo di Netflix
"Happy New Year Mekna (Leona). Kalau awak behi (ingin) sangat nak nikah tahun depan, tak apa.
"Tolong pastikan bakal suami awak tak kisah asap rokok terutamanya dalam kereta, bukan vegetarian dan suka dengan muzik bergenre Rave.
"Mesti diterima oleh The High Council iaitu Kasih dan Rees juga, dengan Mommy mungkin senang lulus test tapi dengan kami bertiga, lain," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dibanjiri komen warga maya, rata-ratanya terutamanya lelaki tampil berani menawarkan diri sebagai calon menantu dengan kesemua kriteria ditetapkan sudahpun dipenuhi.
Terdahulu, Leona memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan walaupun belum mempunyai calon suami.
Namun, Azhar menerusi kenyataan sebelum ini menitik beratkan pasangan anaknya nanti perlu mempunyai kelulusan akademik kerana ia sangat penting dan mustahak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram