TERKENAL dengan watak samseng dan antagonis, pelakon popular Soffi Jikan, 54, melebarkan sayapnya ke pentas Hollywood menerusi drama siri Amerika Syarikat, Marco Polo.
Disiarkan di platform Netflix, beberapa babak lakonan Soffi tular di laman sosial dengan rata-rata penonton amat mengagumi pencapaian anak kelahiran, Kuala Terengganu, Terengganu tersebut.
Meskipun drama siri berkenaan telah lama disiarkan sekitar 2014 hingga 2016, masih ramai yang tidak mengetahui pembabitan Soffi di persada antarabangsa dengan perkara itu tidak dikongsikan meluas sebelum ini.
BACA LAGI: Pentas 'hardcore' ke menara gading, vokalis Dead Graph buktikan pemuzik punk mampu genggam PhD
BACA LAGI: Bukan lagi bawah naungan Luncai Emas, Margasatwa serlah budaya Terengganu menerusi 'Dalam Kotok'
Namun, hal itu meraih perkongsian ramai di laman Facebook yang nyata terkejut dengan penampilan pelakon tersebut dalam siri berkenaan.
"Soffi Jikan berlakon Hollywood, aku pun terkejut tengok dia muncul dekat Netflix, biasa la dia jadi jahat dan bahasa Inggeris dia pun memang bagus," kata Ivar Ragnarsson.
Dalam pada itu, siri berkenaan difahamkan turut membabitkan beberapa pelakon tempatan lain antaranya Tan Sri Michelle Yeoh dan Chew Kin Wah.
Lebih menarik, beberapa lokasi penggambarannya turut dirakamkan di sekitar Johor namun, drama tersebut tidak disambung selepas hanya dua siri diterbitkan oleh syarikat produksi berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram