[VIDEO] Gara-gara kucing, Janna Nick terpaksa jalani pembedahan sinus


  • Hiburan
  • Khamis, 26 Dis 2024

Janna Nick terpaksa menjalani pembedahan sinus akibat resdung kronik dihadapi.

GARA-GARA seekor kucing, pelakon dan pengacara popular, Janna Nick, 29, atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah resdung teruk.

Jelasnya, masalah itu dihadapi selepas menjalani penggambaran dengan seekor kucing baru-baru ini.

Turut mengalami jangkitan di bahagian paru-paru, masalah resdung dihadapi menyebabkan Janna hilang deria rasa dan bau.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berhenti tanya soal anak', Janna Nick dedah minta Nabila Razali pijak ibu jari kaki demi cahaya mata

BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye

"Ini pertama kali dalam hidup saya perlu buat pembedahan, yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung.

"Sebelum ini saya ada jalani penggambaran dengan kucing. Ia telah menyebabkan hidung saya menjadi sangat teruk sampai masuk hospital.

"Saya kena buang tulang sikit sebab bengkok tapi belum pembedahan lagi sebab ada jangkitan dekat paru-paru, jadi belum sesuai lagi untuk buat pembedahan," katanya menerusi perkongsian di TikTok pada Khamis.

Tambahnya, resdung ataupun sinus dialami agak kronik dan doktor menasihatkan agar dia menjalani pembedahan secepat mungkin

Terdahulu, pengacara Famili Duo itu mendedahkan dia dan suaminya pernah menjalani ujian rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan ataupun ketidakstabilan hormon seperti dakwaan ramai, Janna berdepan tekanan teruk akibat tuduhan dilemparkan kepadanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram