[VIDEO] 'Mana pergi lagu TokTi di FYP', karya terkini dikritik anak Aziz Desa, tiada nilai murni, lirik sarat gejala sosial


  • Hiburan
  • Khamis, 19 Dis 2024

Tangkap layar seorang pempengaruh mempertikaikan lirik lagu terkini yang dianggap tiada nilai murni.

SEIRING dengan peredaran zaman, muzik juga melalui fasa perubahan melalui lirik dan melodinya yang kini jauh berbeza dari zaman terdahulu.

Laman sosial seperti TikTok misalnya menjadi platform penyatuan peminat muzik yang gemar berkongsi pendapat ataupun lagu diminati.

Namun, bait lirik lagu serta melodi karya generasi kini dikatakan tidak lagi mengangkat nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi teladan masyarakat.

Isu itu dibangkitkan seorang pempengaruh, Zhiddin Aziz yang nyata kecewa dengan lagu dimainkan di TikTok, yang menurutnya tidak lagi mengangkat karya berkualiti Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

BACA LAGI: Pelopor muzik 'death metal' Malaysia, Langsuir kongsi jampi perubatan zaman British dalam lirik lagu Engkar

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ganas pada lagu je', Uncure bongkar sisi sebenar muzik skinhead, balik 'show' siap dukung anak

"Mana pergi lagu Siti Nurhaliza, mana pergi lagu TokTi di FYP TikTok, sekarang ni penuh lagu yang terjebak gejala sosial.

"Tolonglah kembalikan semula lagu TokTi di FYP, lagu dia lirik semua murni.

"Ada pun yang tak murni bukan sebab lirik tapi pendengarnya yang tak murni, lagu yang sekarang ni takda dah maksud tersirat semua," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Lebih menyedihkan, anak kepada personaliti popular, Allahyarham Abdul Aziz Desa itu menjelaskan kebanyakan lirik lagu ketika ini terlampau negatif dan sarat dengan mesej gejala sosial.

Mendapat sokongan ramai di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan kerinduan terhadap karya penyanyi nombor satu negara itu dan berharap agar ia kembali mendapat tempat di hati ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram