Mengaku tak salah, pengetua didakwa amang seksual pelajar perempuan usia 16 tahun di Marang


Seorang pengetua mengaku tak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar berusia 16 tahun di Marang.  — Gambar hiasan

SEORANG pengetua sekolah menengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu pada Khamis atas dua pertuduhan amang seksual dan berkomunikasi secara seksual dengan seorang pelajar perempuan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Tajudin Mokhtar, 59, didakwa melakukan hubungan seksual dengan pelajar 16 tahun itu di pejabatnya pukul 8.30 pagi 2 Julai lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Akta Kawalan Produk Merokok: Ketagih rokok, vape, lemah iman

BACA LAGI: Tular gambar menteri hisap rokok di kedai makan, KKM tegas tiada siapa melebihi undang-undang

Bapa kepada empat anak itu juga didakwa melakukan serangan seksual bukan fizikal ke atas gadis itu dengan menunjukkan gambar gadis seksi di telefon bimbitnya di lokasi dan masa yang sama.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) dan Seksyen 15 € Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membenarkan suspek diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan turut memerintahkan dia mengelak daripada menakut-nakutkan mangsa serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maisarah Abd Razak, manakala peguam Abdul Haiyyi Salim mewakili tertuduh. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram