SEBUAH kilang pemprosesan makanan ringan, PX Mart di Taichung, Taiwan dilaporkan rentung terbakar dengan asap tebal dilihat meliputi kawasan berkenaan pada Khamis.
Api marak memaksa seorang pekerjanya bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan berkenaan dan dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hidup selepas daripada kejadian.
Sementara itu, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu mengakibatkan seramai 16 mangsa terperangkap dalam bangunan tersebut.
Massive fire in Taichung pic.twitter.com/i5tVFwB0CE
— @ (@anthraxxx781) December 19, 2024
Pasukan bomba dan penyelamat ketika ini difahamkan sedang giat menjalankan operasi menyelamat dan pemadaman api di kawasan terbabit.
"Selepas menerima laporan kejadian, pihak bomba segera bergegas ke bangunan lima tingkat itu yang dimiliki anak syarikat PX Mart di daerah Dadu di Taichung.
"Seramai 16 oang masih terperangkap di tingkat tiga bangunan dan amngsa yang terjun telah pun dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," kata salah seorang pegawai bomba.
Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen dilaporkan turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau situasi semasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram