Alami pendarahan otak, bintang Hollywood Jamie Foxx dedah hilang ingatan lebih 20 hari


  • Hiburan
  • Jumaat, 13 Dis 2024

Jamie Foxx berdepan serangan strok dan pendarahan otak pada tahun lalu.

BINTANG Hollywood, Jamie Foxx, 56, mendedahkan dirinya mengalami pendarahan otak dan strok sejak April 2023.

Perkara itu dijelaskan dalam siri komedi Netflix Jamie Foxx: What Had Happened Was.. pada Selasa yang menurutnya, telah mengakibatkan dia kehilangan ingatan selama lebih 20 hari.

Pelakon filem Spider-Man: No Way Home (2021) itu berkata, dia pada mulanya berasa sakit kepala yang sangat teruk dan seterusnya pengsan selama beberapa hari akibat serangan strok.

BACA LAGI: Sama macam Marvel, Sonic The Hedgehog perkenal 3 lagi varian dimensi 'multiverse'

BACA LAGI: Era hero jadi 'villain', Captain America antara adiwira bakal muncul sebagai penjahat Marvel

j88

Jamie memainkan peranan sebagai penjahat dalam filem Spider-Man: No Way Home

"Apabila saya bangun, saya berada di kerusi roda dan tidak boleh berjalan," katanya.

Seorang doktor pakar di Georgia, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pelakon itu menghidap pendarahan otak tahap serius dan segera menjalankan rawatan pembedahan.

Jamie yang ketika itu sedang menjalani penggambaran filem komedi Back In Action bersama Cameron Diaz, 52, terpaksa ditunda ke tarikh lain ekoran tahap kesihatannya yang masih belum pulih.

Pernah berkongsi perkara itu dengan peminatnya sekitar Julai 2023, namun Jamie tidak menjelaskan secara terperinci berhubung punca dia dimasukkan ke hospital.

"Saya telah melalui proses 'neraka', semua orang mahu tahu apa yang berlaku dan saya jelaskan kepada anda satu hari nanti," ujarnya ketika itu menerusi hantaran video di laman sosial.

Kini, penggambaran filem yang tertangguh bersama Cameron diteruskan dan dijangka ditayangkan pada pertengahan Januari tahun depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram