MALANG menimpa buat pemilik kereta berkuasa tinggi jenis supercar di Texas, Amerika Syarikat apabila terlibat dalam kemalangan yang meragut dua nyawa pada Selasa.
Memetik laporan di Amerika Syarikat, kereta supercar jenis McLaren itu terbelah menjadi dua sewaktu terlibat dalam kemalangan dengan satu lagi kereta di Abrams Road, Texas sebelum video insiden itu tular di media sosial sejak Khamis.
Kemalangan tersebut menyaksikan dua individu dalam kereta McLaren tersebut dikenali sebagai Robert Rocha, 31, dan Cristobal Flores, 29, meninggal dunia dalam insiden itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Sudah bermaafan, penjual teh ais rayu Presiden Prabowo tolak peletakan jawatan Gus Miftah
Harrowing footage shows a McLaren supercar that was split in half as a result of a car crash. The two men in the McLaren, identified as 29-year-old Cristobal Flores Espino and 31-year-old Robert Rocha, passed away. pic.twitter.com/7BzJGgZMhM
— Morbid Knowledge (@Morbidful) December 12, 2024
Walaupun kemalangan itu melibatkan kereta berkuasa tinggi, tetapi laporan menyebut kelajuan bukanlah punca kepada kemalangan tersebut.
Sebaliknya, kelalaian pemandu McLaren tersebut menyebabkan kereta yang dipandu melanggar pokok hingga membuatkan kenderaan itu terbelah dua.
Sementara satu lagi kereta yang terlibat juga turut dilihat melanggar pokok dan mengalami kerosakan teruk di bahagian depan kenderaan itu.
Mangsa yang memandu kereta tersebut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Butiran mengenai kecederaannya masih belum dipastikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram