Sama macam Marvel, Sonic The Hedgehog perkenal 3 lagi varian dimensi 'multiverse'


  • Hiburan
  • Khamis, 05 Sep 2024

Sonic The Hedgehog 3 bakal menyaksikan kemunculan varian baharu, Shadow sebagai penjahat dalam siri ketiga ini.

PEMINAT filem animasi sains fiksyen pastinya tertunggu-tunggu kemuncukan sekuel ketiga Sonic The Hedgehog 3 yang disahkan bakal ditayangkan pada Disember nanti.

Menerima sambutan hangat dalam kalangan penonton di pawagam, siri ketiga kali ini dijangka lebih menarik dengan penampilan varian baharu Shadow The Hedgehog.

Memiliki kekuatan luar biasa yang jauh lebih hebat daripada Sonic dan Knuckles, cabaran sukar menanti Sonic dan rakan-rakannya dalam menghalang kuasa Shadow menguasai bumi.

BACA LAGI: Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’

BACA LAGI:'Tidak bermakna saya bagus', Rahmad Mega tak kisah ditegur artis lama atau baharu, anggap itu cara tingkat skil dalam industri

Plot penceritaan siri ketiga animasi ini dijangka lebih menarik apabila Sonic akan membentuk satu pasukan baharu bersama Dr Robotik lakonan pelawak terkemuka Hollywood, Jim Carrey.

Paling mencuri tumpuan pastinya kemunculan pelakon aksi Keanu Reeves sebagai suara latar kepada watak Shadow, sekali gus menjadi penjahat dalam filem kali ini.

Namun, pengenalan varian baharu dalam siri ketiga Sonic kali ini secara tidak langsung membongkar idea pengarahnya, Jeff Fowler yang dilihat mula memainkan elemen 'multiverse' seperti filem keluaran Marvel.

Diinspirasikan daripada permainan video Sega (1991) dan komik Sonic The Hedgehog, beberapa lagi varian lain dijangka akan mula diperkenalkan pada siri akan datang yang pastinya menarik untuk disaksikan penonton.

Berikut merupakan tiga lagi varian dari dimensi berbeza yang mungkin akan membuat kemunculan dalam siri kartun animasi tersebut.

6249103821871628642

1. Scourge The Hedgehog

Memiliki kelajuan hampir serupa dengan Sonic, namun sifat keperibadiannya jauh berbeza kerana Scourge lebih sombong, tamak dan gila kuasa dari pelbagai aspek.

Dilengkapi jaket kulit dan cermin mata hitam, varian berwarna hijau ini datang dari planet Anti Moebius, bersebelahan dengan planet Sonic iaitu Moebius Prime.

Namun, kedua-duanya tidak berkawan malah Scourge difahamkan pernah bertemu janji dengan kekasih Sonic.

0b5af58b37256f7afa75f2d3cbc5e781

2. Silver The Hedgehog

Silver merupakan varian yang boleh dianggap sebagai perwira kedua di belakang Sonic.

Memiliki semangat juang tinggi dan sanggup melakukan apa sahaja demi keadilan, kuasanya dikatakan lebih kuat berbanding Sonic dengan kelebihannya yang mampu memanipulasi persekitarannya dengan kuasa minda.

Sifatnya juga seakan Sonic yang kadangkala agak naif dan tidak matang dalam emmbuat keputusan namun, memiliki semangat luar biasa dalam pertempuran menentang musuh.

___mephiles_the_dark____by_miha85_dx0hts-fullview

3. Mephile The Dark

Jika dilihat pada rupa parasnya, Mephile kelihatan mirip dengan Shadow namun varian berasal dari planet Solaris ini jauh lebih jahat daripadanya.

Berkeupayaan untuk melintas garis masa planet, Mephile difahamkan pernah beberapa kali mencuba untuk memusnahkan kitaran masa lampau.

Merupakan antara varian terkuat berbanding watak jahat lain, pertembungan menentang Sonic pastinya menarik untuk disaksikan dalam beberapa lagi siri akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram