PEMPENGARUH media sosial, Sara Anna, 31, menamatkan zaman bujangnya apabila mendirikan rumah tangga bersama jejaka Netherlands pada Ahad.
Pernah mencuri tumpuan warga maya menerusi kenyataannya yang dikatakan muak dengan lelaki Melayu, usahawan kosmetik itu akhirnya bertemu jodoh dengan pilihan hatinya, Jasper.
BACA LAGI: [VIDEO] Gadis gagah angkat Myvi mahu tunai impian ibu sarung uniform polis
BACA LAGI: [VIDEO] 'Selangor top 3 paling tinggi', Altimet dedah terima gaji RM16,000 sebagai YB
Difahamkan, pasangan dua sejoli itu mula menyulam cinta sejak dua tahun lalu di Bali, Indonesia dan kini sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup diadakan di ibu negara.
Berbusana baju kurung dan baju Melayu berwarna putih, Sara berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram peribadinya pada Rabu.
Terdahulu, pempengaruh itu dikecam ramai susulan kenyataannya yang dikatakan merendah-rendahkan lelaki Melayu yang menurutnya kurang romantis dan sempurna di matanya.
Terkenal dengan gaya hidup mewah di luar negara, usahawan itu mendedahkan dirinya kerap kali dikecewakan jejaka tempatan dan hilang kepercayaan terhadap golongan berkenaan.
Turut berkongsi kegembiraan itu, pelakon terkenal Zarina Anjoulie tidak ketinggalan meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram