Ammar Alfian, Syamsul Yusof berbaik lepas 13 tahun kes 'bertumbuk', dijangka bergabung filem 2025


  • Hiburan
  • Rabu, 11 Dis 2024

Ammar Alfian (kiri) dan Syamsul Yusof kembali bersua muka selepas lebih 13 tahun terpalit kontroversi pergaduhan.

PELAKON Ammar Alfian Aziz, 37, dan pengarah tersohor Syamsul Yusof, 40, kembali bersua selepas lebih 13 tahun bermasam muka akibat kontroversi melanda satu ketika dahulu.

Perkara itu dikongsikan Ammar menerusi hantaran di Threads pada Selasa yang memaparkan kedua-dua pelakon berbakat itu dipercayai sudah berdamai seperti biasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Gadis gagah angkat Myvi mahu tunai impian ibu sarung uniform polis

BACA LAGI: [VIDEO] 'Selangor top 3 paling tinggi', Altimet dedah terima gaji RM16,000 sebagai YB

"Dah 13 tahun berlalu, yang berlalu biarlah berlalu, 2025 is gonna be the year, insya-ALLLAH," katanya.

Hantaran itu sekali gus menjadi bualan peminat yang sudah tidak sabar menanti kedua-dua bintang itu berlakon di bawah satu filem kelak.

Pernah bekerjasama dalam filem KL Gangster (2011), sebuah karya agung menggabungkan dua nama hebat tanah air itu dijangka bakal tercipta pada tahun depan.

Terdahulu, industri hiburan tempatan kecoh apabila Ammar dan Syamsul dikatakan hampir bertumbuk dalam satu pertemuan rasmi diadakan di ibu negara pada 2013.

Pergaduhan itu dipercayai berpunca akibat pertelingkahan cinta tiga penjuru melibatkan bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah.

Namun, perkongsian terbaharu Ammar menjawab segala spekulasi rentetan pergaduhan antara mereka usai kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram