'Hutang wajib dibayar', Asyraf Wajdi jawab isu kediaman Che Ta kena serbu MARA, barangan sita bakal kena lelong


  • Hiburan
  • Selasa, 10 Dis 2024

Tangkap layar kediaman pelakon terkenal, Rozita Che Wan dilapor diserbu pihak MARA pada Selasa.

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengulas lanjut berhubung isu pinjaman tidak berbayar yang kerap diterima pihaknya.

Jelasnya, sebagai pemegang amanah di bawah MARA, segala hutang wajib dibayar atau pelaku akan dipersoalkan atas tindakan dan kesalahannya di akhirat kelak.

BACA LAGI: Raih '1st class degree', Fizo Omar saksi perjuangan isteri berpantang sambil belajar sejak timang anak sulung

BACA LAGI: Pelakon suara Sang Tupai siap pergi zoo tiru pergerakan haiwan, jayakan filem Dongeng: Sang Kancil

"Hutang wajib dibayar, usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang.

"Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah MARA, bakal dipersoalkan ALLAH kelak," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan isu tunggakan pinjaman MARA pelakon popular tempatan, Rozita Che Wan, 51, yang dilaporkan gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Terdahulu, kediaman milik Rozita Che Wan atau nama lengkapnya Rozita Abu Bakar di Kota Damansara, Kuala Lumpur diserbu pada pagi Selasa.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan di kediaman aktres itu bagi tujuan penyitaan.

Che Ta dan suaminya, Zain Saidin tiada di rumah ketika kejadian namun anak sulungnya, Ammar Effendi dilihat memasuki rumah tersebut selepas sejam pihak berkenaan membuat penilaian.

1992520

Asyraf Wajdi Dusuki tegas menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang amanah MARA.

Dalam pada itu, beliau menerusi satu kenyataan pada Selasa menjelaskan, tindakan mahkamah dan perundangan adalah jalan penyelesaian terakhir dengan keputusan itu harus diambil bagi memastikan MARA mendapatkan kembali setiap wang rakyat yang dikeluarkan.

"Kita boleh menjadualkan balik hutang mereka kalau mereka ada masalah tapi beritahu teruslah. Ini yang jadi masalahnya apabila setengah pihak ini tidak bersikap tanggungjawab kepada amanah ataupun hutang yang mereka harus bayar balik.

"Tapi mereka menghilangkan diri,culas untuk membayar mengikut jadual yang ditetapkan tapi apabila tindakan dikenakan, baru mereka hadir.

"Tak boleh, ini adalah wang rakyat dan ini wang yang hendak kita gunakan untuk yang lain dan mendapat manfaat kepada rakyat semua. Adakah selepas ini MARA lebih agresif memburu peminjam-peminjam culas? Ya, memang kita mengambil tindakan yang tegas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram