SEORANG penyanyi popular Thailand, Ping Chayada, 20, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi pada saraf otak selepas menerima rawatan urut di sebuah pusat urut di wilayah udon Thani pada Ahad.
Difahamkan, Ping menjalani urutan tersebut ekoran rasa tegang dan sakit berpanjangan dihadapi di bahagian bahu dan lehernya pada Oktober lalu.
Selang seminggu selepas itu, penyanyi berkenaan mula merasa kebas tangan dan seterusnya kembali untuk mendapatkan urutan buat kali kedua.
BACA LAGI: Bukan lagi bawah naungan Luncai Emas, Margasatwa serlah budaya Terengganu menerusi 'Dalam Kotok'
Namun, situasi bertambah buruk apabila Ping mengalami kesan lebam teruk di beberapa anggota badan termasuk rasa sakit dada dan perut sehingga membataskan pergerakannya.
Hasil rawatan hospital mendapati Ping disahkan mengalami gangguan saraf otak berpunca daripada terapi urutan dilakukan.
Teman lelaki yang juga merupakan pengurusnya mengesahkan perkara itu dan memuat naik hantaran di laman sosial berhubung status kesihatan Ping yang terpaksa bernafas melalui tong oksigen.
Turut menjalankan pemeriksaan terhadap pusat urut berkenaan, namun dia mendapati kesemua ahli terapi adalah golongan profesional dan memiliki lesen sah.
"Saya terkejut bila dimaklumkan berita pemergian penyanyi itu, kami sentiasa menasihati pelanggan untuk hanya membuat rawatan yang melegakan kesakitan," kata pengurus pusat tersebut sambil menambah teknik memutar leher sangat jarang dilakukan di premisnya.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Thailand, Arkom Praditsuwan berkata, pegawai jabatan akan menyemak sama ada pusat urut yang dikunjungi mangsa adalah berlesen atau tidak untuk menyediakan perkhidmatan itu.
"Apa yang perlu kita teliti ialah sama ada perkhidmatan urutan yang mereka berikan kepada Ping adalah amalan yang betul dan sejajar dengan standard untuk urutan tradisional Thailand ataupun tidak," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram