[VIDEO] Guru sedih pelajar tulis lirik lagu APT pada kertas peperiksaan, ramai tak setuju UPSR, PT3 dimansuhkan


  • Hiburan
  • Isnin, 09 Dis 2024

Tangkap layar seorang pelajar menulis lirik lagu APT pada ruangan jawapan kertas peperiksaan.

SEORANG guru berkongsi rasa sedih apabila salah seorang pelajarnya meninggalkan kertas jawapan peperiksaan dengan menulis lirik lagu popular APT.

Kecewa dengan tingkah laku pelajarnya, @cikgu_baby menerusi hantaran di TikTok seolah-olah berputus asa dengan cabaran dan rintangan dihadapi sepanjang bergelar pendidik di sekolahnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tempoh 'rehat' buka pintu rezeki, Ustaz Don tampil duet Selawat Miraie dengan Lah Ahmad

BACA LAGI: [VIDEO] Penyanyi rap Zamaera dakwa privasi dicerobohi pegawai PBT, kena curi-curi rakam ketika 'berkemban' di pusat urut Subang

"Kami berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan laman ilmu terbaik buat anak-anak, tapi ini balasan mereka pada kami.

"Kecewa! Langsung tak ada tanggungjawab, seandainya kamu biasa menulis karangan sepenuh lirik lagu ini, alangkah bangganya cikgumu ini," ujarnya.

Difahamkan, soalan peperiksaan tersebut adalah berdasarkan novel kesusasteraan Melayu, 'Tawanan Komander Caucasus' yang meminta pelajar menulis karangan.

Namun, lagu APT nyanyian Rose Blackpink dan Bruno Mars menjadi solusi buat pelajar berkenaan yang dipercayai sengaja menulis liriknya di ruangan jawapan.

@cikgu_baby Kami berusaha semaksima mungkin untuk menyediakan laman ilmu terbaik buat anak2, tapi ini balasan anak2 buat kami. Kecewa! Langsung xde tanggungjawab. Seandainya kamu biasa menulis karangan sepenuh lirik lagu ini, alangkah bangganya cikgumu ini. #teacherlife #pendidikan #mentalabuse #pdp #malaysia #studentlife #badattitude #frustration #exhausted #fypシ゚ #fypage #lost ♬ original sound - aslam - aslammbul

Dalam pada itu, ruangan komen dibanjiri pendapat warganet yang menganggap ia sebagai petunjuk negatif terhadap isu pemansuhan peperiksaan yang melanda negara ketika ini.

"Macam ni nak mansuhkan peperiksaan, tak cerdik akal sungguh ya nak mansuhkan. Tengok keadaan macam ni pun dah tahu yang pelajar main-main dalam peperiksaan, sedih tengok generasi muda zaman sekarang," kata Wair.

"Ni la harapan negara, lupa, peperiksaan pun dah nak mansuh kan haa tepuk. Sangat berkualiti generasi sekarang," ujar Miya.

"Anak murid saya pun asyik nyanyi lagu APT ni dalam kelas, ibu bapa memang kena kawal apa yang anak-anak tengok dalam internet, kalau tak jadi macam ni la," jelas MsJiwa.

"Negara kita belum sedia untuk mansuhkan peperiksaan, tengok la tahap pemikiran anak-anak kita, tak ambil berat langsung soal masa depan, kekalkan PT3 dan UPSR sepatutnya," tambah Baharon.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dibuat masing-masing pada 2021 serta 2022 bukan keputusan beliau, sebaliknya dibuat Datuk Dr Radzi Jidin ketika memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Fadhlina berkata, buat masa ini keputusan kementerian itu jelas iaitu meneruskan dasar pendidikan semasa dengan memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Menyokong pelaksanaan PBS, beliau menjelaskan bahawa ia antara usaha KPM bagi pembangunan pendidikan secara holistik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram