"SAYA saksi perjuangan dia tamatkan pengajian". Demikian ungkapan pelakon Fizo Omar, 39, yang nyata bangga atas kejayaan isterinya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jurusan Pendidikan baru-baru ini.
Hadir pada majlis konvokesyen isterinya yang berlangsung di Universiti Antarabangsa UNITAR, Selangor pada Ahad, Fizo bersama ibunya berkongsi detik gembira itu di laman Instagram peribadinya.
Mengucapkan tahniah atas segala pengorbanan sepanjang bergelar pelajar, isterinya, Fazeera Nazri difahamkan akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana.
BACA LAGI: [VIDEO] M Nasir terima gelaran doktor, label UPSI antara institusi penyokong seni
BACA LAGI: Pelakon suara Sang Tupai siap pergi zoo tiru pergerakan haiwan, jayakan filem Dongeng: Sang Kancil
"Congrats to you my love, all the best for your next journey in Master.
"Sambung belajar sebelum kahwin lagi sejak 2021, selepas kahwin terus rezeki dapat anak, habis je pantang terus mengandung anak kedua sambil pantang jaga anak kecil.
"Dalam masa sama bekerja, dengan assignment, kelas, peperiksaan berterusan, berjaya dapat 1st class degree," katanya.
Digelar beauty with brain oleh peminat, Fazeera kini merupakan pensyarah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di University College of Aviation Malaysia.
Pasangan dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan, Umaira, 1, dengan Fizo memilliki seorang anak perempuan, Wan Maryam, 6, hasil perkahwinan pertamanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram