PELAKON dan model tersohor negara, Zahnita Wilson, 39, mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak bertahun lamanya.
Pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tempatan satu ketika dahulu, namun pelakon filem Kuliah Cinta itu menyepi dari dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga pada 2005.
Perkongsian di laman Instagram peribadinya pada Isnin menjelaskan sebab mengapa Zahnita sering berkaca mata hitam dan meninggalkan kediamannya.
BACA LAGI: 'Tak salah belajar dengan orang muda', Rahmad Mega kagum bakat BBNU, minat gila Haqiem Rusli
"Saya tidak mahu melakukan ini, tetapi saya terpaksa.
"Inilah sebabnya saya meninggalkan rumah lama saya dan mengapa saya kerap memakai cermin mata hitam," katanya.
Terdahulu, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.
Namun, rumah tangganya berjaya diselamatkan dan kembali pulih selepas beberapa kali dikatakan hampir berpisah.
Kini, pelakon kelahiran New Zealand itu menjalankan perniagaan makanan dan difahamkan mahu fokus mengembangkan lagi jualan 'Humble Pie' miliknya sebagai punca pendapatan utama buat keluarga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram