Peserta hampir menang RM1 juta, Roda Impian antara rancangan TV 'game show' popular era 90an


  • Hiburan
  • Isnin, 02 Dis 2024

Roda Impian merupakan antara rancangan berkonsepkan kuiz paling popular pernah diterbitkan satu ketika dahulu.

INDUSTRI hiburan tempatan sentiasa dimeriahi dengan rancangan televisyen menarik yang mengandungi pelbagai konsep dan keunikan tersendiri.

Sebelum wujudnya program realiti pencarian bakat nyanyian, Malaysia sebelum ini cukup terkenal dengan lambakan rancangan berkonsepkan kuiz dengan ganjaran wang ringgit buat pemenang.

Lebih menarik, konsep sedemikian meraih tontonan dan penglibatan tinggi dalam kalangan masyarakat yang berpusu-pusu mencuba nasib merebut hadiah utamanya.

BACA LAGI: Asalnya lagu PLKN, sentuhan Afdlin Shauki menerusi Erti Hidup julang Dayang Nurfaizah di pentas AJL Pernah dinobat Pelakon Wanita Terbaik FFM, hos Roda Impian kini usahawan sambal disegani

BACA LAGI: Asalnya lagu PLKN, sentuhan Afdlin Shauki menerusi Erti Hidup julang Dayang Nurfaizah di pentas AJL

Memasuki era 2000, program berbentuk kuiz kian berkurangan di stesen televisyen tempatan dengan lambakan pencarian bakat selebriti lebih mendapat perhatian.

Majoriti membawa pembaca mengimbau kembali nostalgia kegemilangan program kuiz yang dahulunya pernah mengubah nasib individu menjadi jutawan.

photo_2024-11-30_18-18-25

1. Who Wants to Be a Millionaire?

Merupakan rancangan televisyen popular yang menawarkan hadiah wang tunai buat peserta, program ini berasal dari United Kingdom yang dikendalikan Chris Tarrant.

Setiap soalan yang dijawab betul akan digandakan ganjaran wang ringgit dan peserta berpeluang memenangi sebanyak RM1 juta bagi setiap episod.

Ditayangkan di Malaysia pada 2,000, rancangan itu dihoskan oleh pelakon terkemuka negara iaitu Datuk Jalaluddin Hassan.

Tenang melontarkan ucapan dialog sebagai pengacara, Jalaluddin yang mengendalikan program itu selama 13 musim mendedahkan, seorang peserta hampir menang hadiah utama bernilai RM1 juta yang ditawarkan.

468305921_977039601111847_2270812936332342086_n

2. Perdana Ria

Kuiz popular yang bersiaran di Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) ini antara program tempatan terawal yang menawarkan ganjaran secara siaran langsung buat penonton.

Format kuiz Perdana Ria yang berdurasi 30 minit ini banyak mengajar penonton mengenai soal jawab pengetahuan am di Malaysia seperti sejarah, geografi, bahasa dan budaya.

Peserta yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi akan membawa pulang hadiah menarik seperti barangan elektrik, peralatan rumah, atau hadiah-hadiah lain tajaan pelbagai syarikat berjenama.

Pengacara dan penyampai radio popular, Nasaruddin Abdul Karim atau dikenali sebagai DJ Nasa merupakan hos utama rancangan tersebut.

photo_2024-11-30_18-18-30

3. Roda Impian

Merupakan rancangan diadaptasi daripada program popular antarabangsa Wheel Of Fortune, Roda Impian mula bersiaran pada 1996 hingga 2003 di TV3.

Menguji kemampuan peserta yang terdiri daripada tiga individu, setiap daripadanya perlu meneka ayat yang terpapar sebelum memutar roda untuk mendapatkan markah.

Peserta dengan markah tertinggi berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan.

Halim Othman, Kieran, Fauziah Gous dan Eja merupakan antara hos yang pernah mengendalikan prgram popular tersebut satu ketika dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram