Lebih 7,000 kes denggi, MBDK turun padang gotong-royong bersihkan 13 kawasan kejiranan di Klang


  • Massa
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Penduduk di kawasan DUN Sementa mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong pembiakan nyamuk Aedes. — The Star

AHLI Majlis Bandaraya Diraja Kang (MBDK), Datuk Zuraidah Mohd Said turun ke padang bagi menyertai aktiviti gotong-royong bersama penduduk di 13 kawasan kejiranan Klang, Selangor baru-baru ini.

Ia bertujuan bagi membersihkan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang berpotensi di daerah tersebut, hasil kerjasama persatuan penduduk serta Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar MBDK.

Ditugaskan di Zon 43A yang merangkumi DUN Sementa, Zuraidah menggesa penduduk supaya mengelakkan air bertakung daripada terkumpul di sekitar kediaman mereka.

BACA LAGI: Program TEAM SAY bantu lebih 300,000 golongan muda bina jati diri, cari hala tuju karier

BACA LAGI: Gagal urus perniagaan, Amirul bangkit jadi pencipta kandungan sampaikan dakwah

“Sekarang penghujung tahun dan ramai yang merancang untuk bercuti. Tetapi sebelum perjalanan dimulakan, sebaiknya mereka hapuskan kawasan pembiakan nyamuk di rumah mereka.

"Baldi di dalam dan di luar rumah mesti ditutup, penutup tempat duduk tandas harus diturunkan dan racun serangga diletakkan di tempat yang berpotensi pembiakan nyamuk," katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan MBDK, Azmi Muji berkata, pihak majlis bekerjasama rapat dengan penduduk bagi memastikan langkah kawalan nyamuk dijalankan di kawasan yang mempunyai kes penularan demam denggi.

“MBDK mengambil pelbagai pendekatan untuk kawalan denggi yang terdiri daripada penglibatan pihak berkepentingan dan mobilisasi komuniti serta komunikasi awam,” tambahnya.

Jelasnya, setakat 24 November, Klang merekodkan sebanyak 7,625 kes demam denggi termasuk dua kematian, berbanding tempoh sama tahun lepas sebanyak 8,098 kes dan dua kematian.

Manakala pada tahun lalu, Klang mencatatkan 9,164 kes demam denggi dan tiga kematian secara keseluruhan.

Azmi menjelaskan, perkara itu berkemungkinan disebabkan cuaca panas luar biasa dan hujan pada waktu petang, yang boleh mewujudkan persekitaran pembiakan nyamuk. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram