PULAU PINANG mencalonkan pakaian kebaya Nyonya, perarakan chingay, dan tarian singa untuk disenaraikan dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai berkata, kebaya tradisional itu dicalonkan bersama oleh Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand tahun lepas.
“Pencalonan ini kini dalam penilaian Unesco,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
BACA LAGI: [VIDEO] Bantu mangsa banjir, Khairul Aming sedekah pakaian wanita, daging dendeng di Pasir Mas
BACA LAGI: Lagu dodoi arwah ibu jadi siulan, bekas juara AJL, SOG kongsi sisi berbeza menerusi 'Bulanku'
Beliau menambah, Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan beberapa siri bengkel melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk menyediakan dokumen pencalonan untuk chingay (Malaysia dan Singapura) dan tarian singa (Malaysia dan China).
Tarian singa.
Hon Wai menjawab soalan Wong Yuee Harng (PH-Pengkalan Kota) berhubung usaha negeri itu memartabatkan warisan budaya tidak ketara bagi pengiktirafan global.
“Negeri telah menyokong pameran kebaya dan menganjurkan pertandingan tarian singa antarabangsa tahunan di Hulu Batas.
"Kami juga mengadakan perarakan Cina tahunan di George Town dan Butterworth," tambah Hon Wai. — The Star/LO TERN CHERN