PELAKON dan vokalis utama kumpulan Wings, Datuk Awie, 56, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman menziarahi rakan karibnya, Azlan Komeng di kediamannya pada Khamis.
Hadir bersama beberapa ahli kelab Sayap-Sayap Wings serta Rumah Produksi Merah, Awie turut menghulurkan sumbangan kepada pelakon itu yang kini difahamkan berisiko lumpuh akibat kemalangan pada Oktober lalu.
Perkara itu dikongsikan salah seorang ahli kumpulan tersebut, @acoi71 di laman TikTok pada Khamis.
BACA LAGI: Prihatin nasib pelakon veteran, syarikat TV swasta tawar 2 program khas buat Ebby Yus
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
Tersentuh dengan kunjungan itu, Azlan Komeng mengucapkan terima kasih tak terhingga atas bantuan dan sokongan diberikan kepadanya.
Walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan untuk kembali berlakon, namun Awie difahamkan turut menawarkan beberapa peluang lakonan buat bintang Impak Maksima itu.
@acoi71 Ucapan terima kasih Tak terhingga saudara Azlan komeng kpd semua yg mendoakan kpd beliau agar cepat sembuh seperti sedia kala Dan bersyukor di atas bantuan Dan sokongan Dari semua sudut serta peluang2 utk berlakon semula wpun keadaan fizikalnya tidak seperti dulu. Hanya Allah yg akan membalasnya#sayap2wings #wmgs#sayap2wingsmelaka #ziarah #azlankomeng #viral #foryou #anniejayfoodchannel #myway #dapurannie #sericahayacatering #ceokambinggolekmelaka ♬ original sound - Syam
Terdahulu, Awie turut menziarahi pelakon veteran, Ebby Yus yang kini diuji dengan penyakit buah pinggang kronik.
Merupakan salah seorang sahabat di dalam dan luar set penggambaran, penyanyi rock tanah air itu nyata sebak atas dugaan yang dihadapi Ebby selain turut memberikan kata-kata semangat agar terus kekal sihat.
Awie sebelum ini dilaporkan pernah menghidap kanser buah pinggang pada 2021 namun keadaan kesihatannya semakin bertambah baik dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga pemakanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram