[VIDEO] 'Selangor top 3 paling tinggi', Altimet dedah terima gaji RM16,000 sebagai YB


  • Hiburan
  • Khamis, 28 Nov 2024

Altimet kini memegang jawatan sebagai ADUN di Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor.

PENYANYI rap popular, Altimet, 46, atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad mendedahkan gaji diterima sebagai wakil rakyat.

Beliau yang kini menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor menjelaskan, keseluruhan gaji termasuk insentif dan elaun diterima berjumlah lebih RM16,000.

Perkara itu dikongsikan dalam sesi temu bual 'podcast' bersama pelawak popular, Shuib dan Shuk Sahar pada Rabu.

BACA LAGI: Sedar tak sedar 2 dekad sudah tinggalkan dunia lakonan, Zahnita Wilson kini fokus bisnes 'Humble Pie' resipi istimewa mentua

BACA LAGI: [VIDEO] Mula jalani rawatan fisio, Syura kongsi keadaan suami berbalut muka dan lengan akibat terkena letupan gas

Jelasnya, kiraan gaji wakil rakyat di Selangor merupakan antara ketiga tertinggi dalam negara namun ia bergantung kepada jawatan dipegang seseorang individu.

"Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000.

"Dan tak salah saya lah, di Malaysia kalau untuk ‘top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi.

"Macam kakitangan kerajaan yang lain juga, kami ada kemudahan untuk buat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta," katanya.

Tambahnya, setiap wakil rakyat juga diberikan peruntukan serta elaun pemandu peribadi sebagai kemudahan ketika bekerja.

"Sebahagian daripada elaun yang kami terima ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan ia wajib digunakan.

"Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan jangan sampai tak ada pemandu kalau tak bos akan tanya nanti," ujarnya.

AFQ_5855

Altimet menang besar pada PRN15 tahun lalu di kawasan lembah Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor.

Terdahulu, Altimet yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan pesaing dari Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 tahun lalu.

Penyanyi lagu Amboi itu berjaya meraih sebanyak 26,172 undi menewaskan pencabarnya, Sharifah Haslizah yang memperoleh 19,852 undi, sekali gus menang dengan majoriti 6,320 undi.

Berstatus wakil rakyat, Altimet kini sebaris dengan pelakon yang ADUN Rim, Melaka, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali Dira Abu Zahar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram