KEMELUT pertelingkahan antara pelawak, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 40, dan pempengaruh TikToker, CEO Helmie kian berlarutan sejak minggu lalu.
Saling berbalas kenyataan di laman sosial, Shuib bagaimanapun mendakwa dia sudah pun memiliki alamat rumah dan nombor telefon individu berkenaan.
Jelasnya, tindakan lanjut akan diambil berhubung beberapa dakwaan dan fitnah dilemparkan terhadapnya yang menurutnya boleh menjatuhkan reputasinya.
BACA LAGI: Terima jemputan VIP, Joe Flizzow dedah ‘kabel’ heret Speed jumpa TMJ
"CEO Helmie ini, saya sudah ada alamat dan nombor telefonnya, ada orang cakap dia ni suka berpindah randah, dah macam gelandangan.
"Tapi saya tahu tempat terkini dia duduk dekat mana. Jadi saya harap CEO Helmie mungkin boleh tidur dengan nyenyak. Insya-ALLAH, jangan risau," katanya menerusi siaran langsung di TikTok pada Selasa.
@sayasukamilktea Dia cari pasal dgn suib pula keee gais? Tolong info info #ceohelmi #shuibsepahtu #ceritaselebriti #artisviral ♬ original sound - sayasukamilktea
Sedia untuk bertentang mata dengan TikToker berkenaan, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu pernah menghantar mesej kepadanya namun mendedahkan telah pun disekat di semua laman sosial.
Terdahulu, Shuib meluahkan kemarahannya berhubung tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadapnya dan isterinya, Watie.
Mendakwa syarikat Bubblebee Sdn Bhd bukan dimiliki kaum Bumiputra, CEO Helmie turut menuduh Shuib sengaja enggan membayar gaji pekerjanya dan menggunakan keuntungan perniagaannya untuk menunaikan umrah baru-baru ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram