Prihatin nasib pelakon veteran, syarikat TV swasta tawar 2 program khas buat Ebby Yus


  • Hiburan
  • Rabu, 27 Nov 2024

Ebby Yus ditawarkan dua program khas dari sebuah syarikat televisyen swasta tempatan.

PELAKON veteran Ebby Yus, 59, menerima khabar gembira apabila ditawarkan dua program khas dari sebuah syarikat televisyen swasta tempatan pada Rabu.

Pihak televisyen (TV) AlHijrah mengumumkan hal itu menerusi perkongsian di TikTok usai menziarah ke kediaman pelakon tersebut.

Jelasnya, perkara itu sebagai salah satu tanda prihatin pihaknya terhadap nasib menimpa Ebby Yus yang dilaporkan mengalami pelbagai penyakit kronik buah pinggang.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah berkongsi pentas lawak, Ebby Yus terima kunjungan bekas ratu cantik Jepun

BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor

Selain daripada tawaran kerja, program itu juga diharapkan mampu menjadi sumber pendapatan buat pelakon tersebut bagi mendapatkan rawatan lanjut.

ebby

Ebby Yus difahamkan terpaksa menjual beberapa koleksi keris peribadi bagi menampung kos perubatan.

Meluahkan rasa syukur berhubung hal itu, Ebby menganggap ia sebagai sinar baharu buatnya untuk terus berjuang melawan penyakitnya selepas sekian lama terputus sumber pendapatan.

"Kalau ikutkan saya boleh saja minta sumbangan tapi saya malu pada diri sendiri dan ALLAH kerana saya boleh lagi bekerja. Mungkin tidak menggunakan kaki dan tangan tapi mulut.

"Tak sampai dua minggu TV AlHijrah datang ke rumah dan hari ini tawarkan saya dua program walaupun perkara itu akan datang tapi sekurang-kurangnya ada sinar untuk saya.

"Terima kasih kepada TV AlHijrah walaupun stesen tidak besar tapi membantu orang yang memerlukan seperti saya," katanya.

Terdahulu, Ebby pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat masalah kesihatan di mana doktor memberitahu tahap kekuatan jantungnya tinggal 27 peratus.

Difahamkan, doktor turut mensarankan agar pelakon itu menggunakan peralatan mesin canggih membolehkan dia menerima rawatan berkala di rumah yang menelan kos lebih RM5,000 sebulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram